PeribahasaSudah kalah baru berkubu.TakrifSesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kecurian baru mengunci pintu, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat juara kalah menang.TakrifTiap-tiap usaha ada laba ruginya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalah jadi abu, menang jadi arang.TakrifKalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana pun juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPatah lidah alamat ('kan) kalah, patah keris alamat ('kan) mati.TakrifApabila alat-alat sudah tidak ada lagi maka alamat tidak selesailah pekerjaan itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelah jadi indarus.TakrifKalah berjudi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMat di bawah dagu.TakrifKalah dengan tiba-tiba atau tertipu di depan mata. mat (emat) = kata peringatan dalam permainan catur, mengatakan bahawa raja atau wazir terancam bahaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai galah dijual.TakrifTerlalu miskin; kalah judi. galah = tombak atau lembing.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPergi berempap, pulang eban.TakrifTidak kalah dan tidak menang. berempap = berjudi dengan melemparkan wang ke atas; eban = heban (membanting dengan kedua belah tangan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAlah sabung, menang sorak.TakrifBiarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya. (Bandingkan dengan: Biar alah sabung, asalkan menang sorak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai ayam yang terkecundang.TakrifSangat ketakutan. kecundang = kalah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kalah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tewas: tumpas, kecundang, alah, gagal, patah, gugur rugi, hilang, Berantonim dengan menang
2. Bersinonim dengan tidak lulus: gagal, kecundang,
3. Bersinonim dengan tidak setanding: tidak setaraf, tidak sebaik, tidak sebagus,
| Kata Terbitan : mengalah, mengalahkan, kekalahan, |
|
Puisi |
---|
|
Berjudi kalah lari ke mana, Lari ke hutan ke celah rimba; Abang nak bujang sampai ke mana, Kalau tak boleh macam adinda.
Lihat selanjutnya... |
|