PeribahasaNan dekat panggilan tiba, nan jauh kulangsing lepas.TakrifAdat panggil memanggil; yang dekat dipanggil dengan mulut, yang jauh-jauh dikirimi surat. kulangsing = sirih pemanggil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJauh panggang dari api.TakrifJawapan atau sindiran yang tidak tepat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor.TakrifBercakap besar di belakang-belakang saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJauh dari mata jauhlah dari hati.TakrifHilang kasih sesudah berjauhan tempat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa.TakrifBanyak pengalaman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan.TakrifKebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji, kerana ada tanda dan buktinya. dikakuk = dipegang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJauh di mata, dekat di hati.TakrifMeskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan. (Biasa juga; Jauh di mata, di hati jangan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerjalan jauh banyak dilihat.TakrifBanyak pengalaman kalau bepergian ke mana-mana.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata.TakrifUmpat dan caci kerana kelakuan yang tidak senonoh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKhabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan.TakrifTiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| jauh (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tidak dekat: besar jaraknya, dura, Berantonim dengan dekat
2. Bersinonim dengan amat sangat: terlampau, sangat, terlalu, sungguh, sekali, paling,
| Kata Terbitan : berjauh, menjauhi, menjauhkan, |
|
Puisi |
---|
|
Pucuk pauh ulam pauh, Pauh tidak diidam lagi; Tuan jauh saya jauh, Jauh tidak terulang lagi.
Lihat selanjutnya... |
|