PeribahasaIsi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita.TakrifKita yang berusaha, orang lain yang senang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIsi dada bekal berjalan.TakrifKalau ada ilmu ke mana pergi mudah rezeki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSingkap daun, ambil isi (= buah).TakrifPembicaraan atau perundingan secara berterus terang. (Peribahasa lain yang sama makna: Buka kulit, ambil [= tampak] isi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kuku dengan isi (= daging).TakrifSangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuka kulit, ambil (= tampak) isi.TakrifPembicaraan atau perundingan secara berterus terang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRumah terbakar tikus habis lari (= keluar).TakrifApabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBeruang bagai durian, bernabu bagai cempedak.TakrifKeluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh. ruang = alur; nabu = isi yang menempel pada bijinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJadi dinding lasak peti manian.TakrifOrang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTonggak dalam air boleh diraba, tetapi air di dalam tonggak tidak teraba.TakrifPerkataan dapat didengar dan diketahui, tetapi isi hati tiada siapa yang dapat mengetahuinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai lesung dengan antan.TakrifSangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku, c. Bagai kuku dengan isi [= daging]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Nangka dikata cempedak, Cempedak di dalam kuali, Masak beri berkuad; Kurasa khilaf tidak Bersalah jauh sekali, Mengapa maka dimarah.
Lihat selanjutnya... |
|