PeribahasaIbarat gasing: berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau.TakrifLelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas.TakrifSuami isteri yang berkasih-kasihan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat burung: mulut manis jangan dipakai.TakrifPerkataan manis selalu berisi semu di dalamnya. semu = tipu, khianat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat burung: mata lepas badan terkurung.TakrifTidak ada kemerdekaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat bunga: sedap dipakai layu dibuang.TakrifPerempuan yang dikasihi sementara muda, tetapi setelah tua lalu diceraikan. sedap = maksudnya: segar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat beban sudah ke tepi.TakrifSuatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (Bandingkan dengan: Mayat sudah di tepi kubur). ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat beban, belum lepas daripada bahu (= kepala).TakrifBelum lepas daripada tanggungan (anak lelaki atau anak perempuan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat ayam: tiada mengais tiada makan.TakrifSangat miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali.TakrifOrang melarat mendapat pertolongan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat perahu takkan karam sebelah.TakrifKaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
424 | News lords, new laws | Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan. | Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah | ''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss. | ''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah,'' jawab ketuaku. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| ibarat | 1. Bersinonim dengan umpama ( seperti, macam, serupa, sebagai, bagaikan, laksana, selaku, bak, ) (kata tugas:)
2. Bersinonim dengan teladan ( pengajaran, iktibar, contoh, tamsil, model, ) (kata nama:)
| Kata Terbitan : mengibaratkan, |
|
Puisi |
---|
|
Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang.
Lihat selanjutnya... |
|