PeribahasaHulu mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai memakai.TakrifOrang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan, selalu selamat dan disukai orang. hulu mujur = pangkat untung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHulu malang pangkal celaka.TakrifPermulaan segala bencana.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSalah gelogok hulu malang, pandai bertenggang hulu baik.TakrifKalau kurang hati-hati dalam sesuatu pekerjaan, mungkin mencelakakan diri. Tetapi kalau pandai dan hati-hati, biar sulit sekalipun akan diperoleh faedahnya. salah gelogok = kerja terburu-buru; bertenggang = mengira-ngira; memikirkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga.TakrifKalau asalnya tidak baik maka kesudahannya pun tentu tidak baik juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKe hulu kena bubu, ke hilir kena tengkalak.TakrifTak dapat terhindar daripada bahaya. tengkalak = lukah yang panjang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIkan di hulu tuba di hilir.TakrifPerbuatan yang sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJelatang di hulu air.TakrifPerkara yang selalu menyusahkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan menghulurkan hulu keris ke tangan orang.TakrifJangan menyerahkan kuasa kapada orang, nescaya kita dibinasakannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak mengetahui hulu hilirnya.TakrifTidak mengetahui hujung pangkalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak tentu hilir mudiknya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNampak gabak di hulu.TakrifAda tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
584 | Once a thief, always a thief | Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya. | Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga | Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''. | Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga''. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Petang-petang pergi ke hulu, Sampai ke hulu memetik buah; Kalau tuan balik dahulu, Sudah petang hati tak puas.
Lihat selanjutnya... |
|