PeribahasaHitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih.TakrifYang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. Peribahasa lain yang sama makna: Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang.TakrifBarang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai.TakrifYang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHitam-hitam bendi, putih-putih sadah.TakrifYang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. bendi = kereta kuda; sadah = kapur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHitam-hitam gula Jawa.TakrifBiarpun hitam tetapi manis.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHitam tahan tempa, putih tahan sesah.TakrifDapat diuji, tentang keasliannya; tetap tidak berubah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHitam mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya.TakrifOrang yang sedang berkasih-kasihan tak dapat dipisahkan satu sama lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHitam gagak tiada siapa yang mencelupnya.TakrifOrang yang berbuat jahat dengan kehendaknya sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHitam bagai buntut (= pantat) belanga.TakrifPerihal keburukan sifat seseorang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBatu hitam tak bersanding.TakrifWalaupun kelihatannya lemah tetapi sukar mengalahkannya. (Bandingkan dengan: Batu bulat tak bersanding).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Hitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning luruh di hulu; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tinggal dahulu.
Lihat selanjutnya... |
|