| 
	
                            
		
			
				
					
  | PeribahasaBahasa menunjukkan bangsa.TakrifBaik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaBahasa dan bangsa itu tidak dijual beli.TakrifBaik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaSekali lancung keujian, seumur hidup orang tak percaya.TakrifSekali ketahuan kelakuan yang tak baik, selama hidup orang tidak percaya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaBuaian diayun anak dicubit.TakrifMenyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaIntan salah serudinya.TakrifBiarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. serudi = canai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaBuaian pun digoncang, anak pun dicubit.TakrifMenyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaGuru kencing berdiri, murid kencing berlari.TakrifMurid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaKalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari.TakrifMurid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian, b. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaBak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian.TakrifMurid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Guru kencing berdiri, murid kencing berlarian, b. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari). anak sasian = murid.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | | Tesaurus | 
|---|
 |  |  | laku (adjektif) |  | 1. Dalam konteks wang bersinonim dengan  sah, boleh digunakan,
 
 2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,
 
 
 |  | Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku, |  | 
 | 
 |