Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah kata sendi "pada, di, dalam" sesuai digunakan dalam frasa berikut: "pada zaman pembaruan", "di zaman globalisasi", "dalam zaman moden"? Bolehkah "dalam" atau "di" digunakan untuk menunjukkan masa? | Penggunaan yang gramatis ialah pada zaman pembaharuan kerana pada menunjukkan keterangan waktu. Namun penggunaan di zaman pembaharuan dan dalam zaman pembaharuan jika boleh digunakan bergantung pada konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 13.01.2012 |
sambungan ... 1.Apa yang dimaksudkan dengan simpulan bahasa zaman bahari? | Zaman bahari ialah zaman purbakala | Makna | 27.07.2007 |
Sejarah Terjemahan Malaysia : a) Terjemahan Zaman Pengaruh India b) Terjemahan Zaman Pengarauh Islam c)Terjemahan Zaman Penjajahan d)Terjemahan Zaman Pascs Kemerdekaan i) Pejabat Karang Mengarang ii) Dewan Bahasa dan Pustaka iii) Institut Penterjemah Negara Malaysia iv) IPTA Peranan dan contoh-contoh karya yang diterjemahkan. e)Akta Pelajaran Kebangsaan dan terjemahan buku teks | Saudara boleh mendapatkan bahan tentang judul-judul tersebut di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau menghubungi Institut Terjemahan Negara Malaysia terutama tentang judul terjemahan. | Lain-lain | 01.09.2007 |
menghimbau zaman persekolahan atau mengimbau zaman persekolahan? | Yang betul ialah mengimbau zaman persekolahan. | Tatabahasa | 08.05.2009 |
DEFINISI BAHASA MELAYU KUNO DAN BAHASA MELAYU KLASIK, | Bahasa Melayu kuno merupakan sejenis bahasa lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala. Bahasa ini digunakan di zaman prasejarah, zaman batu dan sebagainya. Kebanyakan bahasa yg digunakan pada waktu ini lebih terfokus kepada bentuk simbol, lukisan pada dinding gua, kulit haiwan dsbnya. Manakala bahasa Melayu klasik pula merupakan bahasa yg serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. Contoh-contoh bahasa Melayu klasik ini banyak digunakan misalnya dalam karya-karya Melayu lama seperti Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Inderaputera, Hikayat Kalilah Wal-Daminah, Sejarah Melayu, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka dan banyak lagi. Terima kasih. | Makna | 13.09.2008 |
Apakah yang dimaksudkan dengan ditelan zaman( berdasarkan sajak- jasamu tidak mungkin pudar ditelan zaman. | Berdasarkan ayat tersebut, maksud ditelan zaman ialah hilang mengikut peredaran zaman. Maksud sesuatu ayat tersebut hendaklah berdasarkan konsep. Terutama sajak dan puisi yg mempunyai maksud tersirat. | Makna | 24.05.2010 |
di zaman atau pada zaman di ketika atau pada ketika | Salam sejahtera, Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kata sendi nama 'pada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa siri tertentu. Jawapan yang betul ialah pada zaman dan pada ketika. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265. | Tatabahasa | 06.11.2012 |
menempuhi zaman atau malalui zaman | Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 18.07.2010 |
BERIKAN DEFINISI ZAMAN SERTA PRASEJARAH | Maksud zaman ialah jangka masa (sama ada panjang atau pendek), tempoh atau jangka masa tertentu (yg ada sesuatu keistimewaannya atau pertaliannya). Pra sejarah pula ialah (pengetahuan mengenai masa) sebelum sejarah tertulis, zaman purbakala. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Terima kasih. | Makna | 06.06.2008 |
Apa itu masa? | Masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; | Makna | 13.10.2010 |