Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam sejahtera tuan. 1. Wang baki atau baki wang betul? 2. Jika kedua-duanya betul maka apakah perbezaannya? Bolehkah tuan memberikan contoh untuk menerangkan perbezaan antara kedua-dua frasa nama tersebut. Sekian terima kasih. | Wang baki dan baki wang, kedua-duanya adalah betul dan mengikut konteks ayat yang digunakan. Sebagai satu frasa/istilah wang baki sama dengan wang kembali, iaitu lebihan yang dipulangkan setelah dibuat bayaran. Baki bermaksud lebihan dan boleh disandarkan pada kata nama yang lain termasuklah wang seperti baki wang membeli majalah diberikannya kepada budak itu. | Tatabahasa | 02.08.2011 |
salam. beri maksud perkataan - wang adat, hujan jatuh ke pasir, telinga tebal, dan seperti abu di atas tunggul. TQ | wang adat : wang untuk perbicaraan(Indonesia). telinga tebal : a. tidak menghiraukan (ejekan, makian, dll.)b. tidak tahu malu. seperti abu di atas tunggul: dengan mudah boleh tercampak atau terhalau,tidak bererti, tidak tetap(suami dalam rumah keluarga isterinya dalam masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di Negri Sembilan). Bagi hujan jatuh ke pasir tiada terakam di mana-mana rujukan bagi ungkapan ini, walau bagaimanapun dari segi analoginya dapat dihuraikan sebagai sesuatu perbuatan yang sia-sia atau perhubungan yang tidak kekal. | Makna | 19.03.2008 |
Adakah frasa "menipu wang" frasa yang betul? Kerana adalah tidak lojik wang sebagai benda tak hidup boleh ditipu. Ataupun wang dalam frasa ini tidak berfungsi sebagai objek? | Frasa "menipu wang" tidak tepat dari segi semantik kerana kata kerja "menipu" lazimnya diikuti objek yang bernyawa seperti menipu orang dan menipu ibu bapa. | Tatabahasa | 19.09.2012 |
1berisi wang atau berisikan wang? 2. bersimpati Ah Cong / bersimpati akan Ah Chong / bersimpati terhadap Ah Chong / 3. Ali menyiapkan kerja sekolah yang diberi guru atau Ali menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru? 4. Samy dimarahi cikgu / Samy dimarahi guru? | Ayat yang betul/yang telah diperbetulkan semula ialah: 1. ... berisi wang. 2. ... bersimpati terhadap Ah Chong 3. Ali menyipkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru 4. Samy dimarahi oleh cikgu/guru | Tatabahasa | 10.03.2010 |
wang simpanannya lebur dalam pelaburan yang tidak menjadi itu. ( munsyi, adakah lebur benar digunakan dalam ayat ini? TK) | Perkataan lebur boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 11.08.2013 |
Wang sebanyak dua puluh ringgit telah diberi oleh ibu kepada Zahid. Adakah apa-apa kesalahan dalam ayat ini?? | Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 06.08.2013 |
Saya difahamkan ayat, ' Saya mempunyai banyak wang' adalah ayat yang tidak betul sebaliknya patut ditulis ' Saya banyak mempunyai wang'. Adakah ini benar? | Ayat yang betul ialah "Saya mempunyai banyak wang", kata bilangan (banyak) diikuti dengan objeknya (wang). | Tatabahasa | 19.08.2009 |
Yang manakah betul dari segi tatabahasa dan gaya bahasa Melayu? 1. Jangan bazirkan wang walaupun satu sen! 2. Jangan bazir wang walau satu sen! 3. Jangan bazirkan wang walau satu sen pun! Terima kasih. | Frasa yang lebih tepat ialah "Jangan bazirkan wang walaupun satu sen!" | Tatabahasa | 22.07.2013 |
DBP, berikut yang manakah adalah betul? (a) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak daripada memberikan kasih sayang kepada anak mereka. (b) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi tidak kasih sayang. (c) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi bukan kasih sayang. (d) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anan-anak dan sebaliknya tidak memberikan kasih sayang kepada anak mereka. (e) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi tidak memberikan kasih sayang kepada anak mereka. Jika jawapannya lebih daripada satu, sila beritahu saya. Jika kesemuanya salah, sila bantu saya membetulkan ayat. Sekian. | Ayat yang betul ialah , Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang daripada memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka. | Tatabahasa | 28.04.2011 |
Salam Tuan, Kata majmuk (plural) bagi mata wang? T. kasih & Salam Sibly | Untuk makluman, penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya, alat-alat tulis dan Menteri-Menteri Besar. Oleh itu, mata wang menjadi mata-mata wang. | Tatabahasa | 20.02.2011 |