Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
perkataan sekarang dan kini adakah ia mempunyai maksud yang sama? | Sekarang bermakna waktu bukan yg telah lalu dan bukan yg akan datang; waktu ini: ~ juga kita pergi. Kini pula ialah sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa. | Makna | 16.08.2010 |
Assalamualaikum...... saya Maizura Binti Abd Aris ingin mengemukakan soalan mengenai peluang pekerjaan yang ada di Dewan Bahasa dan Pustaka. Adakah pada waktu ini DBP ada membuka peluang pekerjaan? Saya merupakan pelajar Bacelor Bahasa dan Linguistik Melayu dari UPM dana akan bergraduat pada tahun ini. saya mengharapkan kepada pihak DBP untuk memberi maklumat kepada saya sekiranya ada peluang pekerjaan di sana. sekian terima kasih. | TErima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk berkhidmat bersama-sama kami. Sebagai makluman sdr, kami akan mengiklankan pelawaan untuk mengisi jawatan kosong melalui laman web DBP dan juga melalui akhbar tempatan berbahasa Melayu khususnya terbitan hujung minggu. Sila pastikan sdr tidak terlepas daripada membaca iklan tersebut. | Lain-lain | 09.06.2008 |
1. Apakah ejean yang tepat untuk Yang Berbahagia, Yang Berusaha, YBhg atau YBhg.,YBrs atau Y.Brs. atau YBrs. 2. Jika ejaan bagi screw ialah skru, bukan skrew. Dengan demikian crew harus dieja kru bukan krew. Ejaan tidak seragam antara TV3, RTM dan akhbar. Sila beri penjelasan. 3. Saya masih keliru tentang penentuan waktu. Saya pernah merujuk dgn BDP pada awal tahun 2000. Petang bermula pada pukul 2.00 hingga 6.59 petang. Malam bermula dari pukul 7.00 hingga 11.59 malam. Penentuan waktu ini tidak seragam. TV3 menggunakan petang dari pukul 1.00 hingga 7.00 petang. Ada ketikanya 7.30 pun masih petang. Boleh tuan jelaskan tentang penentuan waktu ini. Terima kasih. | YBhg. Datuk, i. Ejaan yang tepat ialah YBhg. dan YBrs. ii. Sehingga kini tiada pembentukan kata kru atau krew. Padanan yang digunakan ialah petugas, pekerja atau anak kapal. 3. Pukul 12.00 hingga 1.59 ialah tengah hari; 2.00 hingga 6.59 ialah petang; 7.00 hingga 11.59 ialah malam; 12.00 hingga 12.59 ialah tengah malam; 1.00 hingga 11.59 ialah pagi. Dicadangkan semua stesen penyiaran di bawah Kementerian berkenaan bertemu dan membuat satu keputusan tentang penyeragaman penggunaan bahasa di semua stesen penyiaran. | Tatabahasa | 13.05.2010 |
DEFINISI BAHASA MELAYU KUNO DAN BAHASA MELAYU KLASIK, | Bahasa Melayu kuno merupakan sejenis bahasa lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala. Bahasa ini digunakan di zaman prasejarah, zaman batu dan sebagainya. Kebanyakan bahasa yg digunakan pada waktu ini lebih terfokus kepada bentuk simbol, lukisan pada dinding gua, kulit haiwan dsbnya. Manakala bahasa Melayu klasik pula merupakan bahasa yg serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. Contoh-contoh bahasa Melayu klasik ini banyak digunakan misalnya dalam karya-karya Melayu lama seperti Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Inderaputera, Hikayat Kalilah Wal-Daminah, Sejarah Melayu, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka dan banyak lagi. Terima kasih. | Makna | 13.09.2008 |
Lanjutan pertanyaan saya tentang frasa "masa kini" dahulu. Dalam ayat ini, misalnya, "Remaja masa kini kurang menghormati orang tua", ada pendapat mengatakan bahawa 'masa kini' tidak tepat kerana 'kini' sudah terangkum makna 'masa'. Benarkah pendapat itu? Jika benar, apakah pilihan lain yang tidak jauh bezanya untuk menggantikan frasa tersebut? | Perkataan masa dan kini membawa maksud yang berbeza, masa bermaksud waktu atau ketika, manakala kini bermaksud sekarang ini, waktu ini. Justeru, frasa "masa kini" adalah betul dan tidak mempunyai unsur lewah dari segi maksudnya. | Tatabahasa | 09.10.2007 |
Saya ingin perincian waktu yang tepat dalam bahasa Melayu. Contohnya waktu pagi dari jam berapa hingga jam berapa, petang, malam, dinihari dan sebagainya. Hal ini kerana terdapat kekeliruan ketara terutama dalam penentuan waktu tengah hari seperti 1.30 petang, 7.00 petang dan lain-lain. | Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi. | Lain-lain | 03.03.2012 |
Ali "sedang" menggosok gigi "pada waktu pagi".(Adakah ayat ini betul?) | Sedang bermaksud ketika/masih melakukan sesuatu lagi. Ayat itu kurang tepat dan ayat yang tepat ialah "Ali menggosok gigi pada waktu pagi". | Tatabahasa | 11.08.2011 |
Adakah ayat berikut ini betul? Kelas ganti akan diadakan pada 24 April 2010. Gunakan Jadual Waktu Hari Jumaat. | Ayat Kelas ganti akan diadakan pada 24 April 2010. Gunakan Jadual Waktu Hari Jumaat betul cuma pangkal huruf pada perkataan jadual waktu hari ditulis dengan huruf kecil sahaja kerana. | Tatabahasa | 26.03.2010 |
salam.Dewan bahasa dan pustaka wilayah selatan merancang program puisi di sekitar johor pada waktu terdekat ini? bagaimana saya ingin menghubungi penulis sajak atau syair di sekitar negeri johor memandangkan saya sedang membuat kajian tentang puisi di negeri johor. terima kasih.. | Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Encik Rusdi Abd. Rahman, Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, no. telefon 07-2358802, no faks 07-2358802 atau melalui e-mel rar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 01.02.2010 |
Saya keliru dengan soalan B.M. tentang ayat songsang seperti berikut: Pemandangan di pantai pada waktu senja cantik sungguh. Apabila ayat ini ditukar kepada ayat biasa, jawapannya seperti berikut: Cantik sungguh pemandangan di pantai pada waktu senja. Mohon beri penjelasan mendalam. Terima kasih atas kerjasama tuan. | Ayat songsang mendahulukan predikat sebelum subjek. Oleh itu, frasa 'Pemandangan di pantai pada waktu senja' (predikat) + 'cantik sungguh' (subjek) membentuk satu ayat songsang. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 457. | Tatabahasa | 16.05.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| waktu (kata nama) | 1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,
2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,
| Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu, |
|
Puisi |
---|
|
Malam ini malam Jumaat, Pasang lilin depan pintu; Kalaulah kita umat Muhammad, Kena sembahyang lima waktu.
Lihat selanjutnya... |
|