Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ingin tahu adakah OKU = Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya? | Yang telah mantap penggunaannya bagi OKU ialah Orang Kurang Upaya. | Lain-lain | 06.10.2009 |
Salam, Saya inginkan kepastian. Benarkah istilah Orang Kurang Upaya (OKU) kini sudah ditukar menjadi Orang Kelainan Upaya?Adakah ini bermakna penggunaan istilah Orang Kurang Upaya sudah tidak relevan? Sekian, terima kasih. | Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan. | Istilah | 14.08.2012 |
salam.boleh saya tahu istilah (oku) ringkasan kepada "orang kurang upaya" atau "orang kelainan upaya"? | Penggunaan yang telah mantap ialah 'Orang Kurang Upaya'. | Istilah | 30.03.2011 |
Sdr, Daripada segi kesantunan berbahasa dan peristilahan, yang mana satukah yang lebih wajar digunakan: "Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya" bagi merujuk kepada OKU? Sekian Terima kasih. | Yang telah mantap penggunaannya bagi OKU ialah Orang Kurang Upaya. | Istilah | 08.06.2010 |
Saya ingin mengetahui apakah takrifan sebenar berkaitan bahasa Melayu hilang upaya. | Hilang upaya ialah padanan bagi istilah disability dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanpun tidak ada maklumat lanjut atau huraian berkaitan istilah tersebut dalam pangkalan data kami. | Istilah | 21.06.2011 |
Selama ini saya tahu OKU bermaksud Orang Kurang Upaya, tapi sejak akhir-akhir ini saya perhatikan di TV3 sering sebut sebagai Orang Kelainan Upaya... persoalannya bila pula digunapakai istilah ini dan adakah ia sudah menjadi sesuatu yang rasmi? Di stesen LRT Universiti juga ditulis Orang Kelainan Upaya di tempat parkirnya. | Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini penggunaan "Orang Kelainan Upaya" lebih kerap didengari/dibaca seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanpun belum ada apa-apa perubahan buat masa ini dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan. | Istilah | 31.05.2011 |
Tuan, benarkah sekarang kita menggunakan Orang Kelainan Upaya bukan lagi Orang Kurang Upaya? Terima kasih diatas pertolongan tuan. | Sekarang kita masih menggunakan Orang Kurang Upaya bagi OKU. | Lain-lain | 06.10.2009 |
Saya ingin mengenal pasti yang mana satu di bawah ini adalah betul. "OKU- orang kelainan upaya" atau "OKU- orang kurang upaya"? Sekian | Istilah yang telah mantap penggunaannya bagi OKU ialah Orang Kurang Upaya. | Istilah | 07.05.2012 |
Dua soalan: 1. Saya ingin bertanya tentang istilah 'employability skills' dalam bahasa melayu. Sebelum ini, saya terjemahkan kepada 'kemahiran kebolehkerjaan' atau 'kemahiran kebolehdapatan kerja' untuk kajian saya. Adakah istilah atau terjemahan itu diterima pakai oleh DBP. 2. Adakah orang kurang upaya (OKU) telah bertukar kepada orang kelainan upaya? Tahun lepas, saya telah bertanya kepada pihak JKM dan mereka maklumkan masih kekal orang kurang upaya tetapi mengapa media massa (elektronik dan cetak) menggunakan orang kelainan upaya? Mereka rujuk kepada siapa? Saya amat memerlukan pengesahkan istilah tersebut untuk kajian saya. Sekiranya telah bertukar istilah, bagaimana dengan Akta Orang Kurang Upaya 2008? Saya amat berharap kepada maklum balas daripada pihak DBP dengan kadar segera. Sekian, terima kasih. | 1. Padanan bagi istilah employability iaitu kebolehgajian telah diputuskan dalam Perbincangan Istilah Semasa Bil.1/2010. Employability skills boleh diterjemahkan kepada Kemahiran Kebolehgajian. 2. Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini penggunaan "Orang Kelainan Upaya" lebih kerap didengari/dibaca seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun belum ada apa-apa perubahan buat masa ini dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan. | Tatabahasa | 26.06.2013 |
Apakah maksud Orang Kelainan Upaya | Perkataan yang sering digunakan ialah Orang Kurang Upaya atau OKU yang bermaksud orang yang cacat, kekurangan atau keadaan kurang sempurna pada tubuh dan pancaindera. | Makna | 12.11.2009 |