Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
terjemahan untuk "arm's length deal" | Untuk makluman, istilah "arm's length deal" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun terdapat istilah "arm's length" yang padanan bahasa Melayunya ialah selengan (bidang Ekonomi) dan tulus (bidang Percukaian). Contohnya: arm's length bargaining - rundingan selengan, arm's length transaction - urus niaga tulus). Istilah untuk "deal " pula ialah rundingan atau urus niaga. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah rundingan selengan atau rundingan tulus. | Istilah | 22.01.2013 |
sila alih bahasa ayat ini dalam bahasa inggeris "Dengan ingatan tulus ikhlas daripada" ... | Padanan yang sesuai untuk frasa ini ialah with compliments. | Istilah | 29.06.2009 |
nama lain bagi jujur,cerca,buncit,gerangan.. | Jujur sama makna dengan tulus/ikhlas, cerca sama makna dengan cela/caci, buncit sama makna dengan gendut, gerangan sama makna dengan agaknya/rupanya/barangkali | Makna | 27.11.2008 |
adakah betul padanan jenis vokal dengan kata yang mengandungi vokal tersebut ? 1. vokal tengah = beranda 2. vokal belakang sempit = tulus 3. vokal depan separuh sempit = kole 4. vokal belakang separuh sempit = tolong | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami, walau bagaimanpun kami cadangkan saudara rujuk buku yang berkaitan dengan fonetik seperti: Fonetik dan fonologi bahasa Melayu, | PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., | | 2008 |
Fonetik dan fonologi, | Gramedia Pustaka Utama, | | 1998 |
Pengenalan fonetik dan fonologi, | Dewan Bahasa dan Pustaka, | | 2006 |
| Tatabahasa | 26.08.2011 |
Saya ingin bertanya penggunaan 'sayugia' didalam ayat. Adakah betul ayat yang tersebut dibawah: 'sayugialah bagi seseorang hamba Allah menyempurnakan ibadah zakat khasnya dan segala ibadah yang lain amnya dengan hati yang tulus ikhlas semata-mata kerana Allah untuk mendapat keredhaannya.' | Ayat itu betul. | Lain-lain | 13.08.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| tulus (adjektif) | Bersinonim dengan tulus ikhlas, tulus hati, lurus hati, ikhlas, bersih hati, jujur, rela, suci, mustakim, sudi, sadik, lurus akal, mukhlis;, | | Kata Terbitan : menuluskan, ketulusan, |
|
|