Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1.apa definisi bengkel dan makmal? 2.apa beza antara bengkel kemahiran hidup dan makmal sains | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makmal ialah tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yg berhubung dgn ilmu sains (fizik, kimia, dll), laboratorium. Bengkel pula ialah tempat membaiki kereta 2. kilang kecil (tempat tukang-tukang bekerja); 3. mesyuarat (perbincangan dsb) secara berkelompok utk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dsb) tentang sesuatu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan. | Makna | 05.08.2008 |
sila berikan penerangan tentang cerita rakyat | Saudara, Cerita Rakyat merupakan sastera rakyat yang berbentuk cerita atau cerita lisan. Cerita rakyat sangat popular di kalangan masyarakat Melayu dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Cerita rakyat berkembang dalam tradisi lisan biasanya disampaikan secara lisan dari mulut ke mulut oleh tukang-tukang cerita profesional dalam bentuk persembahan cerita kepada audiens dalam majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan, keramaian dan sebagainya. Cerita rakyat diceritakan oleh nenek/ datuk kepada cucu atau oleh seseorang yang tahu bercerita sebagai hiburan di masa senggang. Dalam masyarakat Melayu terdapat pelbagai jenis cerita rakyat seperti Cerita Binatang, Cerita Jenaka,Cerita asal-usul, Mitos dan Lagenda, cerita Lipur lara dll. Sesuai dengan peredaran zaman, Cerita rakyat telah dirakam dan dikumpulkan dalam bentuk tulisan seperti mana yang sampai kepada kita sekarang. Antara fungsi cerita rakyat ialah: 1. sebagai alat hiburan, 2. Sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran dan mendidik masyarakat, 3. wadah ekspresi seni masyarakat menggunakan kata-kata yang indah, 4. menjadi dasar penciptaan karya sastera moden. Untuk memahami lebih lanjut sila merujuk Buku Kesusasteraan Melayu Tradisional, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , 1993. sekian, terima kasih. | Sastera | 11.02.2011 |
Peggunaan istilah 'Tukang Jahit Trishala Tailoring' di papan tanda untuk lesen papan tanda dan premis perniagaan DBKL. | Ungkapan yang betul untuk penamaan tersebut ialah "Tukang Jahit Trishala". | Tatabahasa | 13.06.2011 |
Salam, saya sedang mengedit jawapan untuk karangan autobiografi 'Aku sebuah tandas awam'. Saya ingin bertanya, penggunaan penyambungan 'ku' di belakang perkataan yang macam mana yang dikatakan betul dan sesuai? 1. membelek-belek tubuhku @ membelek-belek tubuh aku 2. tukang cuci itu mencuciku @ tukang cuci itu mencuci aku 3. badanku diperbuat daripada batu @ badan aku diperbuat daripada batu dan seumpamanya.. Sekian, terima kasih. | Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku dan lain-lain. Bagi ayat yang dinyatakan, kesemuannya tepat penggunaan sama ada aku mahupun ku. | Tatabahasa | 27.12.2012 |
mempersetujui pendapat.... betul ke? atau bersetuju dengan pendapat? tukang jahit lelaki betul ke frasa ini? | 1. mempersetujui pendapat - betul 2. bersetuju dengan pendapat - betul 3. tukang jahit lelaki - betul | Lain-lain | 16.09.2009 |
1. Ali mengucapkan terima kasih (dan/sambil/lalu) membayar wang kepada tukang paip. 2. Ahli sukarelawan itu menulis laporan (serta/dan) memulangkan peralatan. soalan: kata hubung manakah yang boleh digunakan dalam kedua-dua ayat di atas? Terima kasih... | Dari segi tatabahasa, kedua-dua kata hubung "dan" dan "sambil" boleh digunakan dalam ayat yang diberikan. (Ali mengucapkan terima kasih sambil membayar wang kepada tukang paip./Ali mengucapkan terima kasih dan membayar wang kepada tukang paip.) Kedua-dua kata hubung "dan" dan "serta" juga boleh digunakan dalam ayat kedua.(Ahli sukarelawan itu menulis laporan serta memulangkan peralatan./Ahli sukarelawan itu menulis laporan dan memulangkan peralatan.) | Tatabahasa | 19.04.2012 |
Raja mengarahkan agar tukang masak datang ennghadap baginda di balai penghadapan. tuan, apakah perkataan yang sesuai menggantikan mengarahkan/ TQ | Mengarahkan dalam konteks ayat tersebut boleh digantikan dengan meminta. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
1. Gambar menunjukkan sesorang tukang beca yang membawa penumpang dengan menunggang beca . A) Pak Ali seorang penunggang beca. B) Pak Ali seorang penarik beca. yang mana betul ? 2. Adakah terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut ? i) Bunga mawar itu berbau sungguh harum. ii) Hujan agak lebat pagi tadi. | Yang betul ialah Pak Ali ialah penarik beca. 2. Bunga mawar itu sungguh harum. 3. Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 23.07.2010 |
apakah perkataan bagi penerangan di bawah? ''orang yang kerjanya memasak,tukang masak,chef' terima kasih.. | Kami tidak menjawab soalan teka silang kata. | Lain-lain | 17.04.2010 |
Saya ingin mendapatkan maklumat pengarang Yulis Haji Alwi(Kumpulan Cerita Rakyat-Tukang Kasut dengan Orang Kerdil, DBP 1994) dan Mohd Nor Long(Cerita Rakyat Sabah -DBP, 1978). Umur dan pekerjaan penulis buku ini. Data ini digunakan untuk tugasan kajian saya dalam Kesusasteraan Rakyat Melayu. Bagaimana saya boleh mendapatkannya? | Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi penulis melalui telefon: (1) Salmah@Yulis Hj. Alwi Tel. Rumah: 03-62512978 Tel. Bimbit: 013-3999525 (2) Mohd. Nor Long Tel. Rumah: 03-20950417 Tel. Bimbit: 019-2168300 | Lain-lain | 27.01.2011 |