Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang mana betul: a) Dia terkenal dengan jolokan "Anak Orang Kaya Damansara." b) Dia terkenal dengan jolokan 'Anak Orang Kaya Damansara.' c) Dia terkenal dengan jolokan "anak orang kaya Damansara." d) Dia terkenal dengan jolokan 'anak orang kaya Damansara.' | Ayat yang betul ialah: Dia terkenal dengan jolokan "anak orang kaya Damansara". | Ejaan | 31.10.2011 |
1. dia yang menyebabkan kami berpecah-belah? adakah ayat ini betul? jika tidak apakah pembetulannya? 2. seniwati yang terkenal sekali di dunia ialah ... adakah terkenal sekali betul digunakan ? terima kasih | 1. Dia yang menyebabkan kami berpecah-belah. - ayat ini betul 2. seniwati yang terkenal sekali di dunia ialah ... - frasa terkenal sekali adalah betul. | Tatabahasa | 01.06.2010 |
Penulis yang terkenal itu tidak pernah kering idea untuk menghasilkan karyanya. Adakah penggunaan perkataan 'kering' betul ? | Penggunaan perkataan kering dalam ayat boleh digunakan. Namun, perkataan yang lebih tepat digunakan ialah ketandusan idea. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
Penggunaan "terkenal sekali" betul atau tidak ? | Ungkapan "terkenal sekali" adalah betul. | Tatabahasa | 27.05.2011 |
1. Dimana boleh saya dapat bahan rujukan dalam bahasa melayu mengenai (senarai nama Qari Mesir yang terkenal dan sumbangan beliau terhadap Al Quran). 2. Senarai nama Qari Mesir yang terkenal dan sumbangan beliau terhadap Al Quran | untuk mendapatkan bahan rujukan mengenai senarai nama Qari Mesir yang terkenal dan sumbangan mereka terhadap Al- Quran, tuan boleh berhubung terus dengan pihak JAKIM atau Darul Quran kerana pihak kami tidak Ada menyimpan bahan atau data tersebut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 03.03.2008 |
Selamat petang, 1. Adakah frasa " paling terkenal" betul? 2. Adakah kata penguat 'nian' boleh berdamping dengan semua kata adjektif?? Sekian, terima kasih. | Frasa paling terkenal betul. | Tatabahasa | 13.05.2010 |
Selamat sejahtera, 1. Bolehkah penjodoh bilangan "pucuk" digunakan untuk senapang? 2. Adakah frasa "paling terkenal" betul? 3. Bolehkah frasa "teramat pandai" digunakan? Terima kasih! =) | 1. Penjodoh bilangan untuk senapang ialah laras, selaras senapang. 2. Frasa paling terkenal betul, paling + kata adjektif (terkenal). 3. Frasa teramat pandai boleh digunakan, ter + amat + kata adjektif (pandai). Untuk maklumat lanjut soalan no. 2 dan 3, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 245. | Tatabahasa | 06.09.2011 |
6Filem arahan sutradara terkenal itu __________ persoalan tentang kepentinganmemelihara khazanah alam. Amenjelaskan Bmerakamkan Cmelakarkan Dmenyampaikan munsyi, saya syak dengan jawaban yang tepat, haraplah munsyi memberikan sedikit penerangan. TK | Filem arahan sutradara terkenal itu menjelaskan persoalan tentang kepentinganmemelihara khazanah alam. Lihat melihat makna menjelaskan layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menjelaskan. | Tatabahasa | 05.04.2012 |
Salam tuan di talian, Penggunaan kata sendi nama manakah yang tepat dalam ayat contoh di bawah. 1. (a) Masyarakat Iban di Sarawak sememangnya terkenal dengan keunikan seni ukirannya. atau (b) Masyarakat Iban di Sarawak sememangnya terkenal oleh keunikan seni ukirannya. Sekian, terima kasih, | Kedua-dua ayat itu betul, namun kata sendi nama dengan lebih kerap digunakan, iaitu Masyarakat Iban di Sarawak sememangnya terkenal dengan keunikan seni ukirannya. | Tatabahasa | 01.08.2012 |
merujuk soalan 73 yang telah saya tanya. Ayat' kereta itu tercantik sekali' sememangnya salah kerana kata adjektif'cantik' menggunakan kata penguat 'ter' dan 'sekali'. Walau bagaimanapun , ada pendapat yang mengatakan bahawa kata dasar bagi kata' terkenal' ialah 'kenal' iaitu bukan adjektif sebaliknya kata kerja. Oleh itu , ayat ' Pahlawan itu terkenal sekali' dianggap betul. Minta pendapat tuan. Terima kasih. | Imbuhan "ter" bagi terkenal bukan menunjukkan darjah penghabisan tetapi bermaksud "sedia kenal", oleh itu boleh digunakan perkataan sekali menjadi terkenal sekali. | Tatabahasa | 08.03.2010 |