Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
ADAKAH "SELURUH PENDUDUK " TEPAT PENGGUNAANNYA? KALAU TEPAT PENGGUNAAN, KENAPA SELURUH MURID TIDAK BOLEH DITERIMA? MENGIKUT APA YANG SAYA TAHU, SEMUA MURID YANG BETUL PENGGUNAAN. TERIMA KASIH ATAS JAWAPAN | Seluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempuyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut: 1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok. 2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara. 3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu. Frasa semua penduduk lebih tepat berbanding daripada frasa seluruh penduduk. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Adakah kata penguat bebas 'sungguh' boleh digunakan seperti contoh di bawah? tersungguh cantik. | Tersungguh cantik tidak tepat, yang tepat ialah sungguh cantik atau cantik sungguh. | Tatabahasa | 22.12.2010 |
contoh dan alasan frasa dua objek. objek tepat dan objek sipi | Dalam binaan ayat, objek yang mengikuti secara langsung kata kerja disebut objek tepat, sementara objek yang mengikuti objek tepat disebut objek sipi, contoh ayat: Hasnah membelikan Asri sebuah buku. Asri - objek tepat dan sebuah buku - objek sipi. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 195. | Tatabahasa | 28.10.2010 |
Dahulu saya menggunakan ungkapan perkara berikut. Ungkapan ini dikatakan tidak tepat. Ungkapan yang tepat ialah perkara yang berikut. Saya sudah menggunakan ungkapan ini. Cuma saya tidak mampu menjelaskan sebab perkataan yang perlu ada dalam ungkapan ini. Mohon pencerahan. | 'Yang' ialah kata hubungan pancangan relatif yang menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. | Tatabahasa | 21.01.2013 |
Setiap perbuatan yang _____ akan mendapat balasan yang setimpal. "dilakukan oleh mereka" ATAU "dilakukan mereka", yang manakah paling tepat? | Frasa yang tepat ialah dilakukan oleh mereka. | Tatabahasa | 04.07.2013 |
Ali "sedang" menggosok gigi "pada waktu pagi".(Adakah ayat ini betul?) | Sedang bermaksud ketika/masih melakukan sesuatu lagi. Ayat itu kurang tepat dan ayat yang tepat ialah "Ali menggosok gigi pada waktu pagi". | Tatabahasa | 11.08.2011 |
TERJEMAHAN TEPAT "RUBBER STAMP" DALAM BAHASA MELAYU | Istilah bahasa Melayu untuk "rubber stamp" ialah cap getah. | Istilah | 03.10.2012 |
Ejaan tepat untuk Cabang Tiga. Ianya merupakan nama Mukim yg di dalamnya terdiri drp beberapa kampung. Pohon respons sama ada ia di eja dgn Cabang Tiga atau Chabang Tiga. | Mengikut sistem ejaan rumi bahasa Melayu, ejaan yang betul ialah "cabang", walau bagaimanapun penamaan (tempat dan sebagainya) yang telah diwartakan sebelum tahun 1972 terkecuali daripada pedoman ejaan tersebut. Oleh itu, kami cadangkan suadara merujuk hal ini kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan dengan penamaan tersebut. | Ejaan | 19.08.2011 |
Yang manakah tepat? 1. Menanam pokok bunga ke dalam pasu. 2. Menanam pokok bunga di dalam pasu. Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah"Menanam pokok bunga di dalam pasu." | Tatabahasa | 26.09.2013 |
mana satu tepat bagi ayat berikut. saya mahu apabila kamu semua keluar dari sekolah ini, ____________- akan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, kata cikgu najihah kepada pelajar-pelajarnya. adakah kamu, kalian atau anda ..jawapannya. | kalian. | Tatabahasa | 08.04.2013 |