Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
caran ejaan yang betul bagi rangkai kata sukan tara atau sukantara? | Maklumat tentang perkataan sukan tara atau sukantara belum ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, ejaan sukantara lebih banyak digunakan berbanding dengan ejaan sukan tara. | Tatabahasa | 05.03.2020 |
SOALAN: Betulkah terjemahan ini? An arbitral tribunal appointed by Malaysia and Singapore has decided that a joint investment company of the two countries will not be conditionally liable to pay development charges on the former Malayan Railway parcels of land in Keppel, Kranji and Woodlands. In January 2012, Singapore and Malaysia entered into an agreement, submitting the issue to final and binding arbitration. The Permanent Court of Arbitration acted as registry in this arbitration. (TERJEMAHANNYA) Tribunal timbang tara yang dilantik Malaysia dan Singapura telah memutuskan sebuah syarikat usahasama pelaburan kedua-dua negara tidak akan bertanggungjawab secara bersyarat membayar caj pembangunan bekas tiga keping tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Keppel, Kranji dan Woodlands. Pada Januari 2012, Singapura dan Malaysia melaksanakan perjanjian, mengusulkan isu itu ke Mahkamah Timbang Tara sebagai usaha terakhir dan muktamad. Mahkamah Tetap Timbang Tara bertindak selaku pendaftaran dalam timbang tara itu. | Tribunal timbang tara yang dilantik oleh Malaysia dan Singapura telah memutuskan bahawa syarikat pelaburan bersama kedua-dua negara tidak akan bertanggungjawab secara bersyarat membayar caj pembangunan atas tanah bekas milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Keppel, Kranji dan Woodlands. Pada Januari 2012, Singapura dan Malaysia melaksanakan perjanjian dan mengusulkan isu kepada Mahkamah Timbang Tara sebagai usaha terakhir dan muktamad. Mahkamah Tetap Timbang Tara bertindak selaku pendaftaran dalam timbang tara itu. Penyemakan penggunaan bahasa ini mengambil kira aspek bahasa, sila pastikan makna dalam bahasa Melayu sama dengan makna dalam bahasa Inggeris. Sila pastikan isu diusulkan kepada pihak yang betul, sama ada kepada Mahkamah Timbang Tara atau Tribunal Timbang Tara. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.11.2014 |
Selamat pagi! Bolehkah saya tanya apakah itu sukan tara atau sukan mini? Apakah perbezaannya ? Terima kasih. | Tidak ada maklumat yang diperlukan dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanpun mini lazimnya dikaitkan dengan sesuatu yang kecil dan pada pendapat kami sukan mini bersifat lebih kecil serta tidak melibatkan banyak acara yang dipertandingkan. | Makna | 27.09.2011 |
maksud tolok? | Menurut kamus dewan, tolak membawa maksud bandingan, imbangan (yg sama), tara. Tolok juga membawa maksud sj tumbuhan (pokok kecil yg buahnya boleh dimakan), gayam (Sunda), Indocarpus edulis. | Makna | 12.12.2012 |
"Dalam kajian ini, masalah semasa akan ditimbangtarakan dari sudut fiqah dengan asal hukum". Betulkah penggunaan perkataan ditimbangtarakan dalam ayat ini? Saya ingin menggambarkan dalam bahasa Arabnya al-takyif al-fiqhi. Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan timbang tara bermaksud cara penyelesaian pertelingkahan di luar mahkamah melalui pihak ketiga yang telah dipersetujui oleh pihak yang bertelingkah. Berdasarkan makna tersebut penggunaan kata timbang tara tidak tepat dalam konteks ayat "Dalam kajian ini, masalah semasa akan ditimbangtarakan dari sudut fiqah dengan asal hukum", perkataan yang lebih tepat ialah diselaraskan atau disesuaikan. | Tatabahasa | 09.02.2011 |
Mohon semakan makna dan kata seerti bagi "kebitaraan"?. Contoh ayat diterima adalah tajuk surat "memohon sumbangan kewangan bagi pembiayaan kebitaraan sofbol". | Bitara bermaksud tiada tara, tiada contoh penggunaan perkataan kebitaraan dalam Kamus Dewan. Walau bagaimanapun mengambil konsep makna kata terbitan daripada apitan ke-...-an dengan kata dasar membawa maksud perihal bitara. Penggunaan kebitaraan dalam konteks ayat tersebut kurang tepat. | Makna | 15.05.2017 |
makna perkataan dan | Perkataan dan bermaksud kata yang menghubungkan dua perkataan (frasa atau ayat). Kata hubung "dan" merangkaikan unsur yang sama tara sifatnya. | Tatabahasa | 24.12.2019 |
Apakah perbezaan antara ATAU dan ATAUPUN? | Atau dan ataupun membawa maksud yang sama dan berfungsi sebagai kata hubung. Kedua-dua kata ini digunakan apabila hendak menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya, contohnya: besar atau/ataupun kecil; tua atau/ataupun muda; mahal atau/ataupun~ murah. | Tatabahasa | 03.11.2015 |
salam, boleh tak gunakan perkataan "atau " pada permulaan ayat? | Perkataan "atau" tidak boleh digunakan pada permulaan ayat. "Atau" ialah kata hubung dan jenis kata ini menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Contohnya: Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak. | Tatabahasa | 28.02.2012 |
Hakimi mengarahkan permainan itu dipercepat bagi mengelakkan keputusan padan dalam pertandingan itu munsyi, apakah perkataan sesuai menggantikan padan? TK | Perkataan padan kurang sesuai dalam konteks ayat. Kamus Dewan mentakrifkan padan sebagai banding, imbangan, lawan, tanding, tara: lawan itu bukan ~nya; sama ~ seimbang; 2. cocok, sesuai, patut, sama: pakaian baru yang ~ dgn bentuk badannya; banyak lagi orang muda yang ~ menjadi suaminya; ~lah engkau dipilih menjadi ketua; 3. dapat dipakai (berkenaan pakaian seperti baju, seluar, dsb), muat: baju yang baru dibelinya itu kecil, tidak ~ dengannya; Kami mencadangkan perkataan seri. Saudara boleh layari laman web prpm.dbp.gov.my untuk carian kata dan makna untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 24.04.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| tara (kata nama) | Bersinonim dengan bandingan, tandingan, tolok, padanan, lawan, kufu, imbangan, timpalan, babat;, | | Kata Terbitan : setara, menarakan, menyetarakan, tertara, tara2, mentara, |
|
|