Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1) Istilah kata majmuk berpasangan 'suri rumah ( housewife ) bukankah tanpa tangga ? Mengapakah Kamus Dewan Edisi 4 masih mencatatkan 'suri rumah ( tangga )' Apakah penjelasan tentang tangga dalam kurungan ini ? 2) Istilah 'mertua' ( Bahasa Jawa ) yang salah juga tercatat dalam Kamus yang sama . Adakah kata ini diterima selain 'mentua'? | 1. Fungsi (tangga) dalam perkataan suri rumah (tangga) seperti yang tercatat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan pilihan. Pengguna diberi pilihan untuk menggunakan suri rumah sahaja ataupun suri rumah tangga. Kedua-duanya betul. 2. Istilah mertua berasal dari Jakarta, tidak digunakan di Malaysia. Yang diterima pakai di negara kita ialah mentua. | Istilah | 08.02.2010 |
Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan. | Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, isteri ialah perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada lelaki; teman hidup, suri rumah. Balu pula merujuk perempuan yang suaminya sudah meninggal. Dari segi penggunaan bahasa Melayu yang betul ialah nama ibu (Balu kepada Allahyarham si polan). | Tatabahasa | 20.11.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| rumah (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kediaman: panti, bait berek, rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, apartmen, rumah teres,
rumah berkembar, banglo, vila,
2. Dalam konteks rumah tradisional bersinonim dengan rumah limas, rumah Minangkabau, rumah Melaka, rumah kutan, rumah bumbung limas,
rumah tiang enam, rumah serambi Pahang, rumah Temuan, rumah Semai, rumah Jakun, rumah panjang,
3. Dalam konteks institusi bersinonim dengan rumah kebajikan, rumah orang-orang tua, rumah anak yatim, rumah kanak-kanak cacat,
4. Dalam konteks komersil bersinonim dengan rumah rehat, rumah tumpangan, rumah persinggahan, rumah urut, rumah sundal, rumah judi.,
|
|
|