Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum Ejaan sebenar tanah suci/tanah haram atau Tanah Suci/Tanah Haram? Dalam kamus dewan edisi keempat sendiri terdapat 2 versi ini. Penggunaan huruf kecil "tanah suci" pada entri manakala dalam contoh ayat yang dikemukakan digunakan huruf besar "Tanah Suci/Tanah Haram. Antara kedua-duanya, yang manakah LEBIH TEPAT? Terima kasih. | 1. Frasa "tanah suci" dan "tanah haram" ialah kata nama umum dan dieja dengan huruf kecil. Dari segi semantik, boleh jadi di mana-mana sahaja tempatnya, mengikut kepercayaan agama masing-masing. 2. Frasa tersebut menjadi kata nama khas apabila merujuk satu tempat yang tertentu seperti Mekah/Makkah, Palestin dan sebagainya. Apabila kata tersebut menjadi kata nama khas maka ejaannya berhuruf besar pada huruf pertama kata tersebut (seperti ini; Mereka menunaikan ibadah haji di Tanah Suci). Sila rujuk kamus DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Ejaan | 27.05.2024 |
ayat-ayat suci al-Quran atau ayat-ayat suci Al-Quran? | Frasa yang betul ialah ayat-ayat suci al-Quran. | Tatabahasa | 31.07.2013 |
Ingin tahu cara betul ejaan untuk "Maha Suci Mu". Perkataan "Mu" perlu didekatkan atau tidak? Tkasih | Ejaan yang betul ialah Maha Suci-Mu. | Ejaan | 04.02.2010 |
Tuan, Ayat: Afiq seorang oendiam dan berhati bersih. Penggunaan bersih dalam ayat betul atau salah ? | Bersih dikiskan juga kepada sifat jujur dan ikhlas, suci, murni. Berdasarkan makna yang tersebut contoh ayat yang diberikan adalah betul, walau bagaimanpun lazimnya kita mengungkapkan kata "berhati suci". | Tatabahasa | 21.09.2011 |
Pertanyaan tentang penggunaan ayat bagi tujuan promosi : PROMOSI PEMBUKAAN POTONGAN 50% MESIN 'DRY CLEAN' KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH NAN SUCI. | Untuk tujuan pengiklanan kami cadangkan: PROMOSI PEMBUKAAN, POTONGAN 50% CUCIAN KERING DENGAN MESIN KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH DAN SUCI | Tatabahasa | 28.06.2011 |
Adakah ayat-ayat berikut dibina dengan betul: "Ibunya selalu menolong Hasanah membuat kerja rumah." "Datuk saya menghantar saya yang hendak ke Tanah Suci." Terima Kasih. | Jawapan: 1. "Ibunya selalu menolong Hasanah membuat kerja rumah." - betul 2. "Datuk menghantar saya yang hendak ke Tanah Suci." - 'saya' tidak perlu diulang. | Tatabahasa | 04.11.2015 |
Tuan, Ayat: Afiq seorang pendiam dan berhati bersih. Penggunaan bersih dalam ayat betul atau salah? | Bersih juga dikiaskan kepada sifat jujur dan ikhlas, suci, murni. Berdasarkan makna yang tersebut contoh ayat yang diberikan adalah betul, walau bagaimanapun lazimnya kita mengungkapkan kata "berhati suci". | Tatabahasa | 21.09.2011 |
saya Hanan Dalor sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar saya ingin bertanya DBP apakah makna perkataan 'Ikhlas' terima kasih atas jawapannya | Ikhlas berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud: (dgn) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura: dia menolong dgn ~, tidak mengharapkan apa-apa balasan; dgn ~ dgn suci hati; tulus ~ sangat jujur; mengikhlaskan memberikan (sesuatu) dgn ikhlas, merelakan: ~ baki hutangnya; keikhlasan kesucian hati, ketulusan: tujuannya ialah utk menduga ~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini. | Makna | 29.09.2014 |
Encik, Berdasarkan maksud ke-3 perkataan 'memagari' yang terdapat dalam Kamus Dewan (halaman 1113), iaitu menghalangi ataupun melindungi, manakah antara ayat yang berikut adalah betul dan tepat? Terima kasih. 1. Pak Hassan memagari kawasan rumahnya dengan bacaan ayat-ayat suci. atau 2. Ayat-ayat suci memagari kawasan rumah Pak Hassan. | Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 01.10.2013 |
Saya ingin menggunakan nama perniagaan Suci Group dan ingin mendaftarkan nama tersebut dengan majlis perbandaran. Adakah DBP akan mengeluarkan apa apa surat rasmi untuk menyokong nama yang di rungkai semasa permohonan di buat? | Untuk makluman tuan, sekiranya telah mendaftar nama perniagaan/syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sila gunakan nama yang berdaftar. DBP tidak membuat sebarang pengesahan nama syarikat yang berdaftar tetapi memberi perkhidmatan pengesahan bahasa Melayu pada visual papan tanda iklan. Paparan iklan di tempat awam perlu ada keterangan dalam bahasa Melayu. DBP hanya menyemak penggunaan bahasa dalam bahasa Melayu. Sila rujuk format majlis. Permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. | Lain-lain | 23.10.2019 |
|
Tesaurus |
---|
| suci (adjektif) | 1. Bersinonim dengan bersih: murni, tidak tercemar, khalis, Berantonim dengan kotor
2. Bersinonim dengan tidak berdosa: tidak bernoda, kudus, nirmala, safa, sufi, soleh, tahir, murni, putih, Berantonim dengan bernoda
| Kata Terbitan : bersuci, kesucian, |
|
Puisi |
---|
|
Hanyut rakit batu tenggelam, Minyak ada berbuli-buli; Matahari sakit bulan demam, Itulah tanda dunia tak suci.
Lihat selanjutnya... |
|