Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam. Ayat yang mana betul tatabahasanya Mesyuarat sebulat suara bersetuju atau pun Mesyuarat bersetuju sebulat suara | Ayat ini boleh dibina dalam dua variasi seperti yang berikut : 1. Mesyuarat, sebulat suara, bersetuju ... atau 2. Mesyuarat bersetuju ... sebulat suara. | Tatabahasa | 24.07.2008 |
Yang mana yang betul: a) "Macam bandar baru ini juga kah?" Jelas nada suara Joan sebal. b)|"Macam bandar baru ini jugakah?" Jelas nada suara Joan sebal. c)"Macam bandar baru ini juga kah?" jelas nada suara Joan sebal. d)"Macam bandar baru ini jugakah?" jelas nada suara Joan sebal. | Penggunaan tanda baca yang betul seperti dalam ayat: b) "Macam bandar baru ini jugakah?" Jelas nada suara Joan sebal. | Tatabahasa | 15.09.2011 |
Suara penyanyi itu sungguh sedap didengar. Adakah ayat tersebut betul? Bolehkah suara dipadankan dengan sedap? | Sedap tidak sesuai untuk suara. Yang betul ialah merdu. Sedap merujuk kepada enak, lazat (rasa). | Tatabahasa | 12.09.2008 |
Yang mana lebih tepat: a) "Umaimah, buka pintu cepat!" Suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah. b) "Umaimah, buka pintu cepat!" suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah. | "Umaimah, buka pintu cepat!" Suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah. | Tatabahasa | 29.11.2011 |
Kementerian ini akan menggunapakai slogan tambahan iaitu "KUASA PENGGUNA : 1 PENGGUNA 1 SUARA" dalam semua surat rasmi. Persoalan saya ialah, slogan "1 PENGGUNA 1 SUARA", sama ada dirapatkan atau dijarakkan. Contoh: "1PENGGUNA 1SUARA" atau seperti di atas. Terima kasih. | Dari segi tatabahasa, hendaklah dijauhkan menjadi 1 Pengguna 1 Suara. | Tatabahasa | 19.11.2009 |
Kata 'gema' dan' kumandang' beri penjelasan penggunaan ikut tempat/situasi. Bolehkah ayat ini untuk kumandang; 'suara berkumandang di dalam gua' | Perkataan gema dan kumandang sama maknanya, iaitu bunyi atau suara yang berbalik; berdasarkan makna tersebut perkataan kumandang dan gema boleh saling digunakan dalam ayat tetapi lazimnya kita bercakap: suara itu bergema di dalam gua, dan azan berkemundang di udara. | Tatabahasa | 06.07.2010 |
Mohon pencerahan: a) "Sampai di sana nanti, saya akan menghubungi ibu dengan segera," nada suara Risena sedikit berubah melihat ibunya kerisauan. b) "Sampai di sana nanti, saya akan menghubungi ibu dengan segera." Nada suara Risena sedikit berubah melihat ibunya kerisauan. | Ayat kedua (b) yang tepat kerana terdapat dua ayat yang berbeza konteksnya, pertama dialog dan kedua situasi ketika itu. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
bunyi guru yang sedang mengajar itu kedengaran hingga kawasan berhampiran. tuan, adakah ayat ini betul ? tq | Perkataan yang sesuai ialah suara guru bukan bunyi guru. (Suara guru yang sedang mengajar itu kedengaran hingga ke kawasan berhampiran.) | Tatabahasa | 18.09.2011 |
Adakah ayat berikut betul atau tidak? Para penonton yang menyaksikan konsert tersebut terpukau oleh kelunakan suara penyanyi yang beruara emas itu. | Ayat yang betul ialah Para penonton yang menyaksikan konsert tersebut terpukau oleh kelunakan suara penyanyi itu. | Tatabahasa | 08.08.2010 |
Mohon bantuan untuk mengesahkan samada istilah sistem "Interactive Voice Response (IVR)" dalam sistem telefon boleh digantikan dengan terjemahan "sistem maklumbalas suara interaktif" untuk kegunaan Bahasa melayu. | Sistem maklum balas suara interaktif boleh diterima. Perkataan maklum balas dieja sebagai dua perkataan. | Istilah | 04.06.2008 |