Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah ramalan Soalan yang Pmr yang sangat tetap | Sial kemukakan soalan tuan kepada Majlis Peperiksaan Malaysia atau rujuk buku rujukan PMR yang ada membuat analisis kekerapan soalan dalam peperiksaan tersebut. | Lain-lain | 31.05.2013 |
apakah makna Celaka | Kamus Dewan menakrifkan celaka sebagai; 1. malang (berkenaan nasib seseorang), atau disebut juga sial, 2. sesuatu yg menyebabkan penderitaan 3. makian dan 4. seruan untuk menyatakan kemarahan, kekecewaan dan sebagainya. | Makna | 12.03.2009 |
di mana saya boleh dapatkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang terkini ? | Saudara Jong, Sial hubungi Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. saudara boleh juga mengunjungi Kedai Buku Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat Bawah, Menara DBP, KL. | Lain-lain | 07.01.2010 |
Kita perlu pergi segera, untung masih ada orang menunggu kita. Kami mendapat untung yang banyak semasa hari kantin yang lepas. penggunaan untung dalam kedua-dua ayat betul kah? tq | Ayat tersebut betul. Makna untung dalam ayat pertama ialah tidak sial (celaka), bernasib baik. Untung dalam ayat kedua pula bermaksud keuntungan- hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan seperti perusahaan, perniagaan, dll yang melebihi modal dan segala perbelanjaan yang berkaitan, laba. | Tatabahasa | 26.08.2008 |
Perkataan "lacur" dalam tafsiran/terjemahan DBP banyak dikhususkan kepada perbuatan kurang bermoral iaitu menjual maruah bagi seorang perempuan. Bolehkah perkataan "lacur" itu digunakan kepada penjualanbarang2 lain selain maruah, seperti saya katakan, "seorang penjual bunga telah melacurkan bunganya di tepi jalan"? | Mengikut Kamus DEwan Edisi Keempat, halaman 864, perkataan lacur bermaksud 1. tidak jadi, gagal, malang,sial.2. buruk laku, sundal. Oleh yang demikian perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam konteks melacurkan bunga. | Makna | 02.05.2008 |
bolehkah anda tolong jelaskan kenapa ayat'tertarik oleh kecantikan' adalah betul? dan kenapa ayat'tertarik dengan kecantikan' adalah salah? terima kasih.. | Sebagai kata sendi nama, dengan di hadapan kata nama atau frasa nama digunakan untuk membawa pelbagai maksud, antaranya cara sesuatu itu dilakukan. Cantik ialah kata adjektif. Untuk keterangan lanjut, sial rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 29.07.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| sial | 1. Dalam konteks adjektif bersinonim dengan tidak beruntung, tidak bernasib baik, celaka, malang, bernasib buruk, geruh, panas, sueh, lacur, cangerai, langkah kiri, sarau, udi, apas, celau, ceweh, terkunyah di batu, berbintang gelap, Berantonim dengan bertuah
2. Bersinonim dengan celaka ( jahanam, bangsat, ) (kata nama:) Berantonim dengan beruntung
| Kata Terbitan : menyialkan, kesialan, |
|
Puisi |
---|
|
Muar belum bernama Muar, Muar bernama Libar Condong; Lucut baju lucut seluar, Besarlah sial malang merundung.
Lihat selanjutnya... |
|