Kata |
Takrif |
Sumber |
berbintang gelap | bernasib buruk, sial; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbintang | ada bintang, mempunyai (memakai dll) bintang: langit tiada ~; ~ gelap bernasib buruk, sial; ~ naik baru mula mujur; ~ terang bernasib baik, mujur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bintang | 1 cakerawala yg panas pijar (umumnya tetap kedudukannya) dan kelihatan bercahaya atau berkerdip di langit pd waktu malam: Malam itu gelap pekat, sebiji ~ pun tidak kelihatan. 2 lukisan dsb yg berbentuk seakan-akan ikan tapak sulaiman: Di hadapan rumahnya, terkibar bendera bulan ~. 3 gugusan bintang sebanyak dua belas yg dipercayai mempengaruhi untung nasib seseorang; rasi: ~ mayang; ~ kala. 4 untung nasib seseorang: ~nya semakin cerah nasibnya makin beruntung. 5 tanda jasa kebaktian yg dianugerahkan oleh pembesar-pembesar negara: Baru-baru ini, dia telah dikurniai ~ PMN. 6 orang yg terkenal sbg pelakon filem dsb: ~ filem pelakon filem: ~ radio penyanyi yg terkenal di radio. ~ siarah cakerawala yg beredar mengelilingi bumi; planet. berbintang 1 ada bintangnya: Langit tidak ~. 2 mempunyai rasi; di bawah bintang: Saya ~ Aries. berbintang-bintang 1 banyak bintang yg kelihatan (di langit). 2 berkunang-kunang atau berpinar-pinar penglihatan seseorang: Selepas kepalanya terhantuk pd dinding, matanya ~ dan kepalanya pening. 3 berlubang-lubang pd dinding dsb sehingga cahaya dpt masuk. membintangi mengambil bahagian dlm filem dsb: Beliau telah ~ filem itu sbg orang jahat. perbintangan 1 ilmu ttg bintang; astronomi. 2 ilmu ramalan berdasarkan bintang; astrologi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bintang | 1. cakerawala yg panas pijar (umumnya tetap kedudukannya) dan kelihatan bercahaya atau berkerdip di langit pd waktu malam: Malam itu gelap pekat, sebiji ~ pun tidak kelihatan. 2. lukisan dsb yg berbentuk seakan-akan ikan tapak sulaiman: Di hadapan rumahnya, terkibar bendera bulan ~. 3. gugusan bintang sebanyak dua belas yg dipercayai mempengaruhi untung nasib seseorang; rasi: ~ mayang; ~ kala. 4. untung nasib seseorang: ~nya semakin cerah nasibnya makin beruntung. 5. tanda jasa kebaktian yg dianugerahkan oleh pembesar-pembesar negara: Baru-baru ini, dia telah dikurniai ~ P.M.N. 6. orang yg terkenal sbg pelakon filem dsb: ~ filem pelakon filem: ~ radio penyanyi yg terkenal di radio. ~ siarah cakerawala yg beredar mengelilingi bumi; planet. berbintang 1. ada bintangnya: Langit tidak ~. 2. mempunyai rasi; di bawah bintang: Saya ~ Aries. berbintang-bintang 1. banyak bintang yg kelihatan (di langit). 2. berkunang-kunang atau berpinar-pinar penglihatan seseorang: Selepas kepalanya terhantuk pd dinding, matanya ~ dan kepalanya pening. 3. berlubang-lubang pd dinding dsb sehingga cahaya dpt masuk. membintangi mengambil bahagian dlm filem dsb:Beliau telah ~ filem itu sbg orang jahat. perbintangan 1. ilmu ttg bintang; astronomi. 2. ilmu ramalan berdasarkan bintang; astrologi. | Kamus Pelajar |
bintang I | 1. salah satu cakerawala (yg beribu-ribu banyaknya) yg mengeluarkan cahaya dan kelihatan berkelip-kelip di langit pd waktu malam: di langit tiada bulan yg mengambang dan tiada ~ yg mengerlip; 2. gugusan bintang yg merupakan lukisan (benda atau binatang): ~ biduk; ~ pari; 3. rasi (dua belas gugusan bintang dlm mintakulburuj atau garis lengkung di langit): ~ mayang (virgo); 4. nasib, untung; ~nya sudah jatuh nasibnya sudah mulai buruk; 5. pingat (tanda kebesaran atau jasa): beliau dikurniai ~ kehormatan kerana jasanya kpd masyarakat; 6. benda (lukisan) yg menyerupai bintang: bendera bulan ~; ~ tanjung; 7. orang yg terkemuka (terkenal) dlm lapangan sukan (filem dll): ~ bola sepak; ~ filem; ~ radio; ~ barat (timur, johar, kejora, pagi, zorah, babi penganjur) bintang yg kelihatan terang pd petang dan dinihari; ~ belantik (tiga beradik) gugusan bintang tiga buah yg tampak besar dan terang; ~ beralih = ~ gugur bintang yg berpindah atau jatuh; ~ berapit dua bintang yg berdekatan; ~ berasap (berekor, berbuntut, berkotek, sapu) bintang yg tampak spt berekor atau berasap; ~ beredar (siarah, sayarat) planet yg berada di cakerawala spt planet Marikh, Musytari, Zuhal, Utarid, dll; ~ biduk (jong) gugusan tujuh bintang yg kelihatan di langit Hemisfera Utara; ~ dua belas zodiak; ~ gandingan pelakon yg digandingkan dgn pelakon lain yg sama pentingnya dlm sesebuah filem; ~-gemintang (-kemintang, -mintang) berbagai-bagai bintang; ~ hati kekasih; ~ kala sj gugusan bintang; ~ laut sj binatang laut (bentuknya spt bintang); ~ mayang sj gugusan bintang; ~ pari (tohok) gugusan bintang yg berupa salib; ~ sapu bintang berasap; ~ tanjung Id tanda pangkat tentera atau polis yg menyerupai bintang (drpd emas atau perak); B~ Tiga golongan komunis yg hendak merampas kekuasaan di Tanah Melayu pd masa kekalahan Jepun; ~ tujuh gugusan bintang yg tujuh banyaknya; ilmu ~ ilmu falak, astronomi; ~ di langit dapat dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar prb kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak sedar; sepuluh ~ bertabur, bolehkah sama dgn bulan yg satu prb tempat menambatkan kasih sayang yg sesungguhnya itu tidak dapat diganti (walaupun berpuluh penggantinya); sebintang serasi, sesuai, secocok;berbintang ada bintang, mempunyai (memakai dll) bintang: langit tiada ~; ~ gelap bernasib buruk, sial; ~ naik baru mula mujur; ~ terang bernasib baik, mujur; berbintang-bintang 1. banyak bintangnya (di langit dll): langit bersih ~; 2. = bintang-bintangan berpendar-pendar, berkunang-kunang (mata): apabila aku keluar bilik itu, pandanganku ~; 3. = bintang-bintangan berlubang-lubang dan ditembusi cahaya (atap, dinding, dll): dia mendongak melihat atap rumah yg ~ itu;membintangi memainkan peranan sbg bintang (filem, sandiwara, dsb): seniwati yg ~ peranan Puteri Bidasari;bintangan 1. bintang tiruan; 2. ark gugusan bintang;perbintangan ilmu bintang, ilmu tenung (ramalan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbintang gelap |
|
|