Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum.. Tuan, sewaktu saya cuba memperkelnalkan PRPM kepada rakan-rakan dan kelebihan Khidmat Bahasa, saya dapati ada jawapan Khidmat Bahasa yang bertentengan. Antaranya ialah jawapan bagi soalan ejaan ALOR STAR atau ALOR SETAR dan GERIK dengan GRIK. dALAMSATU SOALAN kHIDMAT bAHASA MENYATAKAN EJAAN YANG BETUL IALAH alor star TAPI DALAM JAWAPAN YANG LAIN IALAH alor setar. bEGITU JUGA NAMA TEMPAT gerik DI pERAK.Sebenarnya manakah ejaan yang betul? 1. Alor Star atau Alor Setar 2. Grik atau Gerik. | Untuk makluman saudara pihak kami sedang berusaha mengemas kini arkib khidmat nasihat bahasa. Kerja ini mengambil sedikit masa kerana senarai arkib yang ada melebihi 20,000 ribu pertanyaan/jawapan. Dalam hal penamaan tempat pula kami sarankan saudara merujuk pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Ejaan nama-nama tempat ini tidak boleh diubah kerana telah diwartakan sebelum tahun 1972. | Lain-lain | 27.06.2011 |
an 'ramaiAsalamualaikum. 1.Penggunaan kata 'banyak' dan 'ramai'. Banyak pelajar tidak hadir ke sekolah sewaktu peperiksaan. Ramai pelajar tidak hadir ke sekolah sewaktu peperiksaan.Mana lebih tepat dan rasionalnya. 2. Perkataan Melayu yang sesuai bagi menggantikan kata on line. 3. Buku itu mengandungi latih tubi soalan PMR. Buku itu mengandung latih tubi soalan PMR.Sesuai atau tidak ayat tersebut menggunakan perkataan mengandung.Kalau betul apakah rasionalnya?. | 1. Banyak boleh digunakan untuk manusia atau bukan manusia, manakala ramai hanya untuk manusia sahaja. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, banyak merujuk bilangan jumlah, dan ia sama dengan makna ramai. Walau bagaimanapun dalam ayat yang diberikan, lebih sesuai digunakan "Ramai Pelajar tidak hadir ke sekolah sewaktu peperiksaan". 2. Padanan bahasa Melayu bagi "online" ialah "dalam talian" 3. Yang sesuai ialah penggunaan perkataan "mengandungi" dan telah biasa digunakan dalam bahasa Melayu berbanding dengan "mengandung" yang digunakan dalam bahasa Indonesia bagi ayat di atas. | Tatabahasa | 11.08.2009 |
air matanya meremang sewaktu melihat jenayah isteri dan anak kecilnya. soalan saya ialah mengikut kamus dewan edisi ketiga, maksud meremang kedua ialah mengalir perlahan-lahan, meleleh, bersimbah (peluh). bolehkah meremang bagi pernyataan di atas. air mata boleh digunakan? | Air matanya meremang sewaktu melihat jenayah isteri dan anak kecilnya. Maksud meleleh atau bersimbah peluh tidak lazim digunakan untuk meremang, makna yang lazim ialah tegak atau berdiri (bulu badan atau roma), kata lainnya seram. Oleh itu kata meremang tidak sesuai digunakan dalam ayat itu, yang betul ialah "Air matanya mengalir sewaktu melihat jenazah isteri dan anak kecilnya" | Tatabahasa | 22.06.2008 |
Penggunaan kata pemeri "ialah" dan "adalah" dalam ayat berikut, yang mana betul: 1. Aspek yang dinilai untuk menjadi guru yang cemerlang "ialah" kualiti komunikasi dan kualiti suara sewaktu pengajaran. 2. Aspek yang dinilai untuk menjadi guru yang cemerlang "adalah' kualiti komunikasi dan kualiti suara sewaktu pengajaran. | Ayat yang betul ialah Aspek yang dinilai untuk menjadi guru yang cemerlang ialah kualiti komunikasi dan kualiti suara sewaktu pengajaran. Kata pemeri ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. | Tatabahasa | 31.05.2012 |
Bolehkah kita menggunakan kata ganti diri pertama "hamba" sewaktu bertutur dengan Sultan? Adakah betul semasa berada di dalam istana, kita menggunakan "patik" dan semasa berada di luar istana, kita menggunakan "hamba"? | Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Lazimnya, kata patik ini dipakai sewaktu bercakap kpd raja-raja. 'Hamba' digunakan apabila bercakap dengan 'tuan' atau orang yang lebih rendah tarafnya daripada sultan/raja.
| Istilah | 16.11.2012 |
"Saya bukan membawa dadah tetapi susu tepung" kata penumpang itu sewaktu ditahan polis. betul tak ayat ini???" | Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. "Saya bukan membawa dadah, tetapi susu tepung," kata penumpang itu sewaktu ditahan polis. | Tatabahasa | 03.06.2013 |
Adakah perkataan 'berkenan' sesuai digunakan dalam ayat di bawah? Sewaktu kita dalam keadaan panas baran, kita tidak akan berkenan dengan pujukan daripada sesiapa pun. | Berkenan bermaksud bersetuju di hati atau berasa gembira (puas hati atau senang hati) tetapi tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Pujukan lazimnya dikaitkan dengan terpengaruh ataupun termakan pujuk bukan berkenan atau bersetuju dengan pujukan. Panas baran juga ialah sifat dan bukan keadaan. | Tatabahasa | 25.08.2011 |
berlunjur | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, berlunjur bermaksud menghulurkan kaki (sewaktu duduk dll), mengunjurkan kaki. Contoh ayat, Dia duduk berlunjur sambil makan sirih. | Makna | 20.02.2010 |
askum n slamat sejahtera Encik.saya nak tahu takrif,definisi,maksud dan sewaktu dengannyer berkaitan dengan TANAH sebab saya perlu selesaikan tugasan esei berkaitan dengan TANAH TERBIAR.. Harap,pihak Encik dapat membantu saya.Sekian,terima kaseh | Tanah ialah lapisan bumi yg di atas sekali. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan. | Makna | 16.08.2008 |
apakah maksud karma? | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, karma ialah semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia; 2. kerama, kutuk, sumpah: contoh ayat ; Tak seorang pun yg terlepas daripada karmanya. | Makna | 10.02.2013 |