Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum. Berkenaan dengan istilah-istilah Teknologi Maklumat: (1) Apakah istilah setara untuk "drop-down menu" dan "drop-down list"? (2) Apakah istilah setara untuk "search field"? Terima kasih. Rujukan: http://ubuntudigest.blogspot.com/2012/07/creating-polaroid-frame-using-inkscape.html | Untuk makluman, istilah yang dikemukakan tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. drop-down menu - menu ke bawah 2. drop-down list - senarai ke bawah 3. search field - medan gelintar | Istilah | 17.04.2013 |
Mohon penerangan tentang aspek tanda baca iaitu tanda koma dan penggunaannya. Terima kasih. | Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yg berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yg diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yg mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa ketrangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yg mendahului ayat induk dan byk lagi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Assalamualaikum. Apakah istilah Bahasa Melayu yang setara dengan "light-gas gun"? | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "light-gas gun" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk "light gas", iaitu gas ringan. Padanan bahasa Melayu untuk "gun" ialah penembak, pistol dan penujah. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah penembak gas ringan. | Istilah | 16.02.2013 |
Tuan / Puan, Salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan istilah sains dalam BM yang setara dengan istilah sains BI yang berikut: 1) Contact force 2) Non-contact force Sekain, terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk contact force dan non-contact force. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk contact ialah sentuh atau sentuhan dan non-contact ialah tanpa sentuh. Istilah bahasa Melayu untuk force ialah daya dan kuasa. Cadangan padanan istilah bahasa Melayu ialah daya sentuh dan daya tanpa sentuh. | Istilah | 14.11.2011 |
Apakah ada perbezaan antara perkataan 'telah' dan 'sudah'? Adakah perkataan-perkataan ini mempunyai perkataan setara dalam bahasa inggeris? Contohnya: have, has atau had = sudah was atau were = telah atau ada pengecualian/peraturan tertentu untuk menggunakannya? | Merujuk Kamus Dewan, kata telah sama maknanya dengan sudah. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata telah dan sudah dikategorikan sebagai kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa. Dalam bahasa Inggeris, perkataan already membawa maksud yang sama dengan telah dan sudah. | Tatabahasa | 19.12.2011 |
Apakah perkataan yang sesuai bagi terjemahan perkataan 'peer evaluation'? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "peer evaluation". Walau bagaimanapun, terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk "peer", iaitu sebaya, setara, sejawat, rakan sekerja, rakan sebaya. Istilah bahasa Melayu untuk "evaluation" ialah penilaian. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah tersebut ialah penilaian rakan sebaya, penilaian rakan sekerja atau penilaian setara. Walau bagaimanapun, tuan boleh memilih salah satu atau padanan lain yang diberikan bergantung pada konsep dan konteks penggunaan istilah tersebut. | Istilah | 29.07.2013 |
Apakah kata hubung pancangan dan kata hubung relatif? | Saudara, Kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung jenis ini ialah 'yang'. | Tatabahasa | 05.08.2010 |
apakah perkataan yang sesuai untuk bekas pejuang negara | Merujuk Kamus Dewan tidak ada kata khusus (dalam satu perkataan) untuk merujuk tokoh pejuang negaranya, lazimnya disebut sebagai wira negara atau frasa lain yang setara maknanya. | Lain-lain | 26.06.2010 |
Dalam satu bahan taklimat tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah, ada ayat Memastikan semua murid melepasi piawai standard yang ditetapkan. Adakah ungkapan piawai standard diterima pakai oleh DBP? | Perkataan piawai dan standard mempunyai makna yang setara. Oleh itu, perkataan "piawai standard" tidak digunakan secara berurutan dalam satu frasa/ayat. | Tatabahasa | 01.05.2012 |
MOHON SEMAK SEKIRANYA KENYATAAN BAGI PERKARA 1 - ADAKAH BENAR INI MAKSUD BAGI KENYATAAN TERSEBUT DAN BAGI PERKARA 2, BOLEHKAH KOMA DIGUNAKAN SEBELUM PERKATAAN DAN. TERIMA KASIH. | Tidak perlu tanda koma sebelum perkataan "dan" kerana merah, hijau dan kuning dalam kategori yang sama. Maksud yang juga diberikan tidak tepat. Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yang berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yang diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yang mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa keterangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yang mendahului ayat induk dan banyak lagi. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan buku Gaya Dewan untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 28.05.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| tara (kata nama) | Bersinonim dengan bandingan, tandingan, tolok, padanan, lawan, kufu, imbangan, timpalan, babat;, | | Kata Terbitan : setara, menarakan, menyetarakan, tertara, tara2, mentara, |
|
Puisi |
---|
|
Nak mandi di pangkalan mana, Ingat sedikit disambar buaya; Adik nak cari setara mana, Carilah yang serupa saya.
Lihat selanjutnya... |
|