Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Keberhutangan serius atau keterhutangan serius? | Keterhutangan serius | Istilah | 21.11.2019 |
Tuan, Adakah ayat di bawah betul atau salah? 1. Kebelakangan ini, kemalangan jalan raya semakin serius. 2. Belakangan ini, kemalangan jalan raya semakin serius. 3. Mutakhir, kemalangan jalan raya semakin serius. 4. Mutakhir ini, kemalangan jalan raya semakin serius. Terima kasih. | Ayat pertama, kedua dan keempat adalah betul. | Tatabahasa | 19.06.2017 |
Ayat manakah yang betul? A) Pihak kerajaan haruslah mengatasi masalah kesesakan jalan raya supaya tidak menjadi lebih serius lagi. B) Pihak kerajaan haruslah mengatasi masalah kesesakan jalan raya supaya masalah ini tidak menjadi lebih serius lagi. | Ayat yang betul ialah "Pihak kerajaan haruslah mengatasi masalah kesesakan jalan raya supaya tidak menjadi lebih serius lagi". | Tatabahasa | 30.05.2011 |
salam. saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang perbezaan diantara sastera komersial,karya serius,karya popular dan karya picisan. bolehkah karya serius,karya popular dan karya picisan dikaitkan dengan sastera komersial? bagaimana perkara ini berlaku? terima kasih | Menjawab persoalan tersebut, sila rujuk buku "Sastera: pengalaman, ilmu, imaginasi dan kitarannya" | Shahnon Ahmad | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1994 |
| Lain-lain | 08.01.2009 |
Pengambilan vaksin telah terbukti dapat mengurangkan gejala yang serius ___________ pesakit COVID-19. A.dari B.pada C.kepada D.daripada | Jawapan yang betul ialah “Pengambilan vaksin telah terbukti dapat mengurangkan gejala yang serius kepada pesakit COVID-19.” | Tatabahasa | 26.06.2024 |
1. Apakah penggunan perkataan ambil serius betul dalam struktur ayat? 2. Adakah penggunaan lebih banyak kandungan-kandungan dalam ayat adalah betul kerana saya berpendapat bahawa lebih banyak sudah menunjukkan sesuatu yang banyak dan begitu juga kandungan-kandungan ialah kata ganda yang jelas menunjukkan sesuatu yang banyak. | 1. Frasa yang betul ialah mengambil serius, sama seperti mengambil faedah. 2. Frasa yang betul ialah lebih banyak kandungan. | Tatabahasa | 23.10.2015 |
Di manakah silap ayat ini: 1.Perkara ini dibincang dan ditegur secara serius setiap kali dalam mesyuarat lembaga pengarah ABC Sdn. Bhd. supaya tindakan sewajarnya diambil. 2. Tuan/Puan hendaklah memakai baju yang bersesuaian. | 1. Perkara ini telah dibincang dan ditegur secara serius setiap kali mesyuarat Lembaga Pengarah ABC Sdn. Bhd. supaya tindakan sewajarnya diambil. 2. Tuan/Puan hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian. | Tatabahasa | 07.04.2017 |
Ada kesalahan amat serius dalam pentafsiran "Throttle" https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=throttle | Terdapat 19 padanan makna bagi perkataan "throttle", mohon tuan/puan untuk memberikan maklumat yang lebih lanjut untuk semakan kami. | Lain-lain | 09.09.2021 |
...ditimpa kepupusan yang serius.... bolehkah kepupusan menggunakan 'ditimpa'? | perkataan kepupusan boleh digunakan selepas ditimpa. | Tatabahasa | 15.12.2015 |
Adakah ayat ini betul? Masalah pencemaran semakin serius. Oleh itu, pelbagai anjakan paradigma haruslah dilakukan untuk membendung masalah ini. Terima kasih | Anjakan paradigma bermaksud peralihan atau perubahan daripada sesuatu keadaan atau lingkungan fikiran kepada keadaan atau lingkungan fikiran yang baru, biasanya yg lebih baik. Penggunaan ungkapan anjakan paradigma tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih sesuai dari aspek maknanya. | Tatabahasa | 09.02.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| serius | Bahasa Asal :Inggeris | 1. Bersinonim dengan benar-benar ( betul-betul, sungguh-sungguh, sangat-sangat, tidak main-main, yakin, pasti benar, tidak syak lagi, ) (kata tugas:) Berantonim dengan main-main
2. Bersinonim dengan genting ( berat, genting, tegang, mustahak, penting, berbahaya, ) (adjektif:)
3. Rujuk tenat 2
|
|
Peribahasa |
---|
| 415 Don't make a mountain out of a molehill Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius). Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. ''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said. ''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|