Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Pilih ayat yang betul. A) Saya bukan tidak lalu makan, cuma sudah kenyang. B)Bukan semestinya kamu boleh pulang awal pada hari ini. C) Hasil lukisan itu bukan seperti yang saya harapkan. D)Jawapan yang diberikan oleh penceramah itu bukan menyakinkan. | Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi "bukan" boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. a) Saya bukan tidak lalu makan, tetapi kenyang. b) Tidak semestinya kamu boleh pulang awal pada hari ini. c) Jawapan yang diberikan oleh penceramah itu tidak meyakinkan. | Tatabahasa | 15.04.2013 |
Subjek ayat bahasa Malaysia semestinya frasa nama. Dengan itu bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan "Terdapat"? contohnya seperti, "Terdapat banyak cara mempelajari bahasa Malaysia." Adakah ayat ini ayat tergantung? | Dalam tatabahasa bahasa Melayu, subjek daripada frasa nama boleh terbentuk daripada salah satu daripada unsur berikut, iaitu: kata nama, kata ganti nama, kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama dan kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama. Dalam contoh ayat yang diberikan itu adalah betul kerana kata kerja yang penggunaannya dalam ayat tersebut berfungsi sebagai subjek, iaitu kata kerja yang mengambil tugas kata nama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 359 dan juga halaman 464. | Tatabahasa | 30.11.2010 |
lelaki gagah adalah kuat | lelaki gagah semestinya kuat | Tatabahasa | 06.05.2011 |
Dalam BM, bolehkah kita sebut "mengundurkan tangan"? Atau semestinya dan hanya sebut "menarik balik tangan"? | Frasa yang betul ialah “...menarik balik tangan”. | Tatabahasa | 19.01.2015 |
Saya ingin bertanya apakah asal usul e pepet dan e taling? Semestinya nama pepet dan taling itu diberi oleh seseorang. Seterusnya apakah sebutan taling yang betul? Taling atau teling (teyling). | Tidak ada maklumat tentang sejarah kewujudan huruf e pepet dan e taling dalam pangkalan data kami. Sebutan adalah seperti ejaan - taling. | Tatabahasa | 05.08.2015 |
"Sebelum ini telah disebut bahawa setiap huruf yang terdapat dalam al-Quran sudah semestinya membawa maksud dan hikmah yang tersendiri". "telah disebut" atau "telah disebutkan" dalam ayat di atas? bagaimana nak tahu bila nak letak imbuhan "kan" atau tidak? Dan secara umumnya, ayat di atas betul atau tidak keseluruhannya? terima kasih. | Kata terbitan disebut adalah betul. Awalan di-... lazimnya membentuk kata kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga; manakala apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Untuk lebih memahami kedua-dua tajuk ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 176 dan 202. Disebut bermaksud dikatakan atau diceritakan. Dalam penulisan ilmiah penggunaan kata diterangkan dan dijelaskan adalah lebih sesuai berbanding dengan kata disebut itu. | Tatabahasa | 11.02.2011 |
maksud sayugia | Ejaan yang tepat ialah seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya, semestinya. | Lain-lain | 01.07.2010 |
Adakah kata hubung "namun" di permulaan atau pertengahan ayat mesti diikuti oleh tanda koma? Jika tak semestinya, mohon berikan contoh ayat untuk menunjukkan bezanya. Terima kasih. | Perkataan "namun" merupakan kata hubung keterangan pertentangan yang berada di tengah-tengah ayat dan memerlukan tanda koma. Contohnya, walaupun Laksamana Hang Tuah telah lama meninggalkan kita, namun nama dan semangat kepahlawanannya tetap hidup dalam ingatan seluruh bangsa. | Tatabahasa | 12.10.2017 |
sejarah dialek negeri sembilan, perbezaan dialek negeri sembilan dengan bahasa baku? | Sejarah dialek Negeri Sembilan (NS) semestinya sama dengan sejarah NS. Sila rujuk buku Sejarah Negeri Sembilan. Perbezaan dialek NS dengan bahasa baku ialah, dialek NS dituturkan oleh orang Negeri Sembilan dan dialek ini tidak digunakan dalam situasi rasmi. Bahasa baku ialah bahasa standard yang dituturkan dalam situasi rasmi, di seluruh negara. Bahasa Melayu baku juga ialah bahasa pengantar yang digunakan di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi. | Lain-lain | 24.01.2007 |
apakah maksud peribahasa yang lama dikelek, yang baharu didukung ? | Peribahasa tersebut bermaksud sesuatu yang lama itu tidak semestinya tidak elok dan yang baharu itu semesti elok dan ada kalanya tidak elok.T.kasih. | Makna | 15.07.2008 |