Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Apa makna kelumpang? 2. Apa makna selubung? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kelumpang bermaksud 1. sj tumbuhan (pokok), kelumpung, Sterculia foetida; 2. = ~ burung sj tumbuhan (pokok), perupuk, rongga jantan, unting-unting, Sterculia parviflora; 3. = ~ keras sj tumbuhan (pokok), katak udang, otak udang, Buchanania lucida. Manakala selubung pula bermaksud kain utk menutup kepala atau badan; kelubung. berselubung memakai selubung; berkelubung. menyelubung menutup sesuatu dgn selubung: Dia ~ anaknya dgn kain pelekat. menyelubungi 1 menjadi sbg selubung pd: Sehelai kain pelikat ~ kepala anaknya. 2 ki menjadikan sesuatu kejahatan dll tidak diketahui orang: Keramahannya itu hanya utk ~ maksudnya yg buruk. menyelubungkan menggunakan sesuatu sbg selubung: Dia ~ kain itu pd kepalanya. | Lain-lain | 15.05.2010 |
adakah ayat berikut betul : Suasana yang meriah menyelubungi dewan. | Selubung bermaksud menutup, menyelimuti, melitupi, dan menyelaputi. Dalam contoh ayat yang diberikan, jika dicampur dengan unsur estetika, tidak salah menggunakan kata 'menyelubungi' bagi membawa maksud suasana di dalam dewan itu penuh kemeriahan. | Makna | 17.03.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| selubung (kata nama) | 1. Bersinonim dengan tudung: kelubung, selimut, kerudung, seligar, kudungan, layah, keredong, kelumbung, berguk, kelumun, keredong, serkup, sungkung,
2. Bersinonim dengan pembungkus: pembalut, penutup, sarung, selongsong salut, kelubung, bekas, sampul, pembalut, pembebat, penutup, penyalut, barut, pembarut, pengikat, pembelit, selaput,
| Kata Terbitan : berselubung, menyelubung, menyelubungi, menyelubungkan, |
|
|