Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam Aidilfitri, Lim Huat berasa _______ untuk meminjam wang daripada abangnya A. takut B. gerun C. segan D. sangsi Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah C. segan. | Tatabahasa | 20.08.2013 |
kesangsian | Saudara Loh, Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun, sekiranya makna perkataan diperlukan, perkataan ini bermakna perihal sangsi, keragu-raguan. Sila rujuk kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 11.06.2009 |
1. Apakah maksud " berwas-was " ? 2. Ali "memadam" papan hitam atau " memadamkan " papan hitam ? Manakah satu jawapan betul ? Terima kasih.. | 1. Waswas ialah ejaan yang betul dan maksudnya ialah perasaan sangsi atau curiga terhadap sesuatu. 2. Frasa yang betul ialah Ali memadam papan hitam. | Makna | 08.04.2010 |
1. Sekalipun dia kenal sangat suara itu, dia tetap berasa "berwas-was" untuk membuka pintu pada waktu larut malam. Bolehkah saya menggunakan "berwas-was" dalam ayat ini ? Adakah perkataan ini betul ? 2. Apakah maksud " berpancing" ? Boleh berikan ayat contoh. Terima kasih. | 1. Waswas bermaksud (perasaan) sangsi, (perasaan) curiga, dan khuatir; oleh itu, ayat yang betul ialah "Sekalipun dia kenal sangat suara itu, dia tetap was-was untuk membuka pintu pada waktu larut malam." 2. Tidak ada kata terbitan berpancing, yang ada memancing, pemancing, terpancing dan sebagainya. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna setiap perkataan tersebut dan contoh penggunaannya. | Tatabahasa | 01.04.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| sangsi (adjektif) | Bersinonim dengan ragu-ragu, syak, curiga, was was, bimbang, khuatir, kurang yakin, bingung, harap cemas, terbata-bata, walang hati, gelisah, selempang;, | | Kata Terbitan : menyangsikan, kesangsian, penyangsi, |
|
|