Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera tuan/puan... saya keliru dengan ayat seperti dilampiran. Saya minta tuan/puan perbetulkan ayat tersebut dengan segera. Selain itu ayat 'dengan' perlukah di tukar kepada ayat 'pada'. Satu lagi, ayat seperti surat kecil, surat besar dan surat berat perlukah di tukar kepada ayat sampul kecil, sampul berat dan sampul berat? | Pertanyaan saudara tidak jelas. Mohon penjelasan lanjut bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini. Walau bagaimanapun, kami sertakan cadangan seperti lampiran berdasarkan kefahaman kami sahaja. | Tatabahasa | 28.10.2010 |
Adakah "angpau" telah menjadi kosa kata bahasa Melayu? | Angpau merupakan kata yang dipinjam dari bahasa Cina. Kata ini merujuk daripada bahasa Cina yang bermaksud sampul merah. | Lain-lain | 14.06.2007 |
Apakah yang dimaksudkan dengan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif? | Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contohnya, Dia memasukkan surat ke dalam sampul. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Contohnya, Semua orang pulang. Dia menjadi guru. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 16.08.2010 |
SALAM SY NAK TANYE CARA NAK MEMOHON JWTN DI DBP??? | Sdr, Semua permohonan jawatan kosong yang diiklankan hendaklah menggunakan Borang Personel 27/99. Borang ini boleh didapati dengan cara mengirimkan kepada Bahagian Pengurusan Personel, DBP ibu pejabat sampul surat beralamat sendiri/bersetem 40 sen, atau datang untuk mengambil sendiri di pejabat kami di alamat seperti yang berikut: Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sdr juga boleh memuat turun borang tersebut melalui laman web DBP. Kami ingin memaklumkan bahawa sdr boleh mengemukakan borang permohonan jawatan pada bila-bila masa. Namun sebaik-baiknya permohonan tersebut dikemukakan selepas sesuatu jawatan kosong itu diiklankan. | Lain-lain | 09.09.2009 |
saya hendak bertanya tentang jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan). saya sudah membaca iklan mengenainya. tetapi masalahnya saya tidak dapat memuat turun borang jawatan itu. jadi, pertanyaaan saya, bagaimana saya hendak mendapatkan borang tersebut? terima kasih. | Sdr, Sekiranya sdr ingin mendapatkan borang tersebut, sila hantar sampul surat beralamat sendiri kepada kami sepertimana alamat yang tertera dalam iklan di akhbar tersebut. Sdr juga boleh datang sendiri ke pejabat kami di Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Pastikan permohonan sdr yang telah dilengkapkan dengan makalumat dan dokumen yang dapat menyokong permohonan sdr sampai kepada kami selewat-lewatnya pada 6 April 2009. TK. | Lain-lain | 16.03.2009 |
Apakah konsep kata kerja transitif dan tak transitif?Berikan skali contoh-contoh ayat kata kerja transitif dan tak transitif. | Saudara Atie, Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contohnya, Dia memasukkan surat ke dalam sampul. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Contohnya, Semua orang pulang. Dia menjadi guru. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 15.01.2010 |
bagaimana saya boleh menghantar karya saya ? contohnya sajak gurindam dan sebagainya | Karya saudara hendaklah dihantar kepada Ketua Bahagian Majalah, Aras 20, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Karya saudara hendaklah ditaip di atas kertas kuarto berwarna putih, dan ditaip jarak langkau dua baris. Sila nyatakan nama majalah(Tunas Cipta, Dewan Budaya, Dewan Sastera, Dewan Siswa dll) pada sampul surat dan maklumat peribadi pada surat iringan. | Lain-lain | 06.03.2009 |
Bagaimana saya memohon sebarang kekosongan jawatan di DBP?Saya lulusan Diploma tapi tidak mempunyai pekerjaan buat masa ini dan sangat memerlukan pekerjaan yang tetap.Saya sudah mencuba untuk membuka borang kosong melalui Intenet tapi tidak berjaya. | Sdr boleh mendapatkan borang permohonan jawatan kosong dengan memuat turun melalui laman web DBP atau datang sendiri ke Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 54000 Kuala Lumpur atau melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 38sm x 25 sm bersetem RM0.40 dan beralamat sendiri. | Lain-lain | 28.04.2008 |
KEKOSONGAN JAWATAN DI DBP | Sdr, Sekiranya terdapat keperluan untuk mengisi sesuatu jawatan kosong, kami akan mengiklankannya melalui akhbar utama berbahasa Melayu iaitu akhbar Mingguan Malaysia dan juga disiarkan melalui laman sesawang DBP. Sdr. boleh menyemak iklan tersebut dan sekiranya berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan sdr bolehlah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang kami, atau datang untuk mengambil sendiri di Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KL atau mengehantar sampul surat bersetem RM0.40 berukuran 38cm x 25cm dan beralamat sendiri ke alamat seperti yang dinyatakan di atas. Pastikan permohonan sdr. sampai kepada kami pada atau sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di dalam iklan. | Lain-lain | 10.11.2009 |
Bagaimana memohon pekerjaan di Dewan Bahasa dan Pusataka ? | Sdr, Sekiranya terdapat keperluan untuk mengisi sesuatu jawatan kosong, kami akan mengiklankannya melalui akhbar utama berbahasa Melayu iaitu akhbar Mingguan Malaysia dan juga disiarkan melalui laman sesawang DBP. Sdr boleh menyemak iklan tersebut dan sekiranya berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan sdr bolehlah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang kami, atau datang untuk mengambil sendiri di Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KL atau mengehantar sampul surat bersetem RM0.40 berukuran 38cm x 25cm dan beralamat sendiri ke alamat seperti yang dinyatakan di atas. Pastikan permohonan sdr sampai kepada kami pada atau sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di dalam iklan. | Lain-lain | 09.11.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| sampul (kata nama) | Bersinonim dengan pembalut, pembungkus, sampul, sarung, selongsong, sadur, pembarut, pembebat, penutup, pengikat, pembelit, lapis, sepuh, selaput, salut;, | | Kata Terbitan : bersampul, menyampul, |
|
|