Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
~melawat ke rumah orang tua ~melawat ke rumah-rumah orang tua ~melawat ke rumah orang-orang tua ~melawat ke rumah orang tua-tua ~melawat rumah orang tua ~melawat rumah-rumah orang tua ~melawat rumah orang-orang tua ~antidadah ~anti-dadah ~anti dadah ~anti-Amerika ~anti Amerika ~antiAmerika ~melawat rumah orang tua-tua YG MANA BETUL TATABAHASANYA? | Orang tua membawa maksud orang yang sudah tua dan orang tua juga boleh bermaksud ibu bapa. Oleh itu, frasa "melawat ke rumah orang tua" boleh membawa dua makna tersebut dan frasa "melawat ke rumah orang-orang tua" bermaksud melawat ke rumah orang yang sudah tua. Kata melawat perlu diikuti kata sendi nama ke kerana dihadapannya ialah tempat, iaitu rumah orang tua/rumah orang-orang tua. Ejaan yang betul ialah antidadah dan anti-Amerika. Perkataan anti ialah awalan asing yang bersambung terus dengan perkataan yang mengikutinya kecuali kata nama khas seperti anti-Amerika dan anti-Yahudi. | Tatabahasa | 06.10.2012 |
Salam sejahtera! Tajuk:Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif Soalan: Berikut manakah jawapan ayat pasif yang betu bagi ayat aktif yang diberikan? Ayat aktif: Angin ribut telah menerbangkan bumbung zink rumah-rumah di kampung itu malam tadi. Ayat Pasif 1: Bumbung zink rumah-rumah telah diterbangkan oleh angin ribut di kampung itu malam tadi. Ayat Pasif 2: Bumbung zink rumah-rumah di kampung itu telah diterbangkan oleh angin malam tadi. Terima kasih. | Ayat Pasif 2: Bumbung zink rumah-rumah di kampung itu telah diterbangkan oleh angin ribut malam tadi. | Tatabahasa | 17.07.2011 |
Sila tunjukkan kesalahan dari segi tatabahasa dalam ayat ini ( Rumah-rumah yang terdapat di kawasan itu besar-besar belaka). Terima kasih | Ayat yang betul ialah semua rumah yang terdapat di kawasan itu besar-besar belaka atau rumah-rumah yang terdapat di kawasan itu besar belaka. | Tatabahasa | 09.09.2009 |
adakah ayat di bawah betul? Rumah-rumah di atas bukit itu cantik dan besar belaka. sekiranya ayat tersebut salah, boleh jelaskan. | Ayat yang betul ialah Rumah di atas bukit itu cantik dan besar belaka. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu, tidak perlu mengulang perkataan rumah untuk penanda jamak. Ini kerana penanda jamak hanya sekali dalam satu ayat. Penggunaan lebih daripada sekali menjadikan ayat tersebut lewah atau berlebih-lebihan. | Tatabahasa | 20.05.2014 |
Saya mohon pembetulan dibuat pada PRPM jika ada kesilapan dalam takrif atau contoh. isi rumah = Definisi : seluruh penghuni rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat) - https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=isi+rumah Dan bezakan antara rumah / isi rumah. Contoh" household appliance sepatutnya alatan rumah dan bukan alatan isi rumah. Di sini: household appliance = alatan rumah (https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=household+appliance&d=226112LIHATSINI) Kebanyakan carian merekodkan household = rumah (sebagai bukan manusia (bukan isi rumah). https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=perkakas+rumah&d=102572LIHATSINI Walaupun boleh dijustifikasi bahawa alatan isi rumah itu betul, tetapi "isi" tidak diperlukan kerana kita faham barang2 itu di dalam rumah, maka memang untuk isi rumah gunakan. Harap mendapat perhatian segera. Terima kasih. Harap pembetulan ini disegerakan kerana saya lihat pengunaan isi rumah dalam konteks yang salah sudah meluas contohnya dalam katalog dalam talian | Terima kasih, kami ambil maklum saranan puan. Pihak kami akan memanjangkan isu ini kepada bahagian yang bertanggungjawab untuk penambahbaikan. | Lain-lain | 18.10.2021 |
1. kerajaan telah mendirikan/menjadikan rumah-rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan rendah. 2. Encik Pang ialah Guru Besar sekolah ini. Adakah 'Guru Besar' perlu huruf besar dalam ayat ini. saya berpendapat guru besar harus dihuruf kecilkan tetapi buku kerja yang saya gunakan kata tidak ada kesalahan. jadi saya meminta tuan tolong jelaskan. 3. Halaman rumah Puan Tan amat luas sekali. 4. Di dalam bakul itu apa? 5. Dia merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis. Adakah ayat 3 hingga 5 itu mmempunyai kesalahan? Jika ya saya meminta jasa baik tuan tolong terangkan kesalahan tersebut. sekian terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah: Kerajaan telah mendirikan rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan rendah. 2. Encik Pang ialah guru besar sekolah ini. Guru besar perlu ditulis dengan huruf kecil kerana guru besar ialah kata nama am. Walau bagaimanapun, jika menyatakannya secara terperinci misalnya Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Melati, perlulah menggunakan huruf besar. 3. Halaman rumah Puan Tan amat luas sekali betul kerana kata penguat amat + kata adjektif + sekali boleh hadir serentak. 4. Ayat :Di dalam bakul itu apa adalah betul kerana apa ialah kata ganti nama diri tanya. Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya terletak di bahagian predikat. (Sila ruju buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halam 446) 5.Ayat:Dia merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis adalah betul. | Tatabahasa | 07.12.2009 |
Apakah beza antara rumah ibu/bhg yg paling besar dalam sesebuah rumah dengan ibu rumah? Boleh tunjukkan melalui gambar? Tq | Mengikut Kamus Dewan, rumah ibu atau rumah induk ialah bahagian rumah yg terbesar atau yang utama, manakala dalam istilah sosiologi rumah ibu atau core house ialah struktur rumah yang terdiri daripada bangunan asas sahaja. Pemilik boleh melengkapkan atau menyiapkan rumah secara keseluruhannya apabila mampu. Tiada data berkaitan ibu rumah dalam data DBP. | Istilah | 23.09.2014 |
Secara umumnya, tempat-tempat kediaman boleh berbentuk rumah sesebuah, rumah berkembar, apartmen atau unit rumah pangsa, rumah teres, bangsal berbumbung atap atau zink, unit rumah buruh. Papan atau konkrit (seperti terdapat di estet-estet) atau sebarang jenis struktur sementara atau tetap yang lain yang tidak termasuk dalam mana-mana jenis di atas. Tempat kediaman jenis yang terakhir ini mungkin dalam bentuk bangsal, gua, tempat berteduh berbumbung zink yang kecil, bangsal yang tidak mempunyai bumbung yang sempurna atau rumah bot. Soalan saya: Terdapat perkataan 'atau' disebut secara berulang pada ayat yang kedua. Adakah sesuai atau ada cara lain yang boleh disampaikan dengan maksud yang sama? Harap pihak DBP dapat memberikan cadangan dan pandangan dalam menyelesaikan kekusutan penggunaan bahasa bagi pihak saya. Sekian, terima kasih. | Penggunaan 'atau' adalah betul pada contoh yang diberikan. Walaupun berulang tetapi tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. | Tatabahasa | 17.06.2009 |
1. Mereka jarang balik ke kampung. 2. Pakaian pelakon itu sangat jarang. 3. Keluarga Pak Salleh jarang berkunjung ke rumah kami semenjak pindah ke Kuala Lumpur. 4. Rumah-rumah di kampung itu kelihatan jarang. Keempat-empat penggunaan jarang di atas, manakah penggunaan jarang yang lebih tepat. 5. Ibu menanam bunga di taman. Ataupun Ibu menanam pokok bunga di tanam. Manakah ayat yang lebih tepat. Terima Kasih. | Jarang bermaksud 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): 2. tidak lebat, tidak padat: manakala jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim. berdasarkan makna tersebut ayat 2 (Pakaian pelakon itu sangat jarang) dan 4 (Rumah-rumah di kampung itu kelihatan jarang) betul penggunaan kata jarangnya, manakala ayat 1 dan 3, yang betul ialah jarang-jarang. | Tatabahasa | 07.03.2010 |
Contoh ayat: Rumah saya terletak di antara rumah Hassan dan/dengan rumah Ah Beng. | Rumah saya terletak di antara rumah Hassan dengan rumah Ah Beng. | Tatabahasa | 24.03.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| rumah (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kediaman: panti, bait berek, rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, apartmen, rumah teres,
rumah berkembar, banglo, vila,
2. Dalam konteks rumah tradisional bersinonim dengan rumah limas, rumah Minangkabau, rumah Melaka, rumah kutan, rumah bumbung limas,
rumah tiang enam, rumah serambi Pahang, rumah Temuan, rumah Semai, rumah Jakun, rumah panjang,
3. Dalam konteks institusi bersinonim dengan rumah kebajikan, rumah orang-orang tua, rumah anak yatim, rumah kanak-kanak cacat,
4. Dalam konteks komersil bersinonim dengan rumah rehat, rumah tumpangan, rumah persinggahan, rumah urut, rumah sundal, rumah judi.,
|
|
Puisi |
---|
|
Rumah siapa lentik bumbung, Rumah Cik Putih jual padi; Tunang siapa turun bertudung, Tunang abang nikah tak jadi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 90 Charity begin at home Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home. Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekering Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|