Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
bagaimana hendak membezakan perkataan reda (teduh) dengan reda (rela,merelakan) | Kedua-dua perkataan tersebut boleh dibezakan mengikut konteks sama ada dalam ayat, wacana dan sebagainya. | Makna | 20.07.2007 |
1)reda atau redha 2)-nya atau -Nya (Allah) | 1)reda 2)-Nya (Allah) | Ejaan | 01.11.2011 |
1) Bulan Ramadan atau bulan Ramadhan? 2) Redha atau reda? | Ejaan yang betul ialah Ramadan dan reda. | Ejaan | 20.02.2012 |
antara perkataan berikut yang mana betul? hadis @ hadith? redha @ reda? Mekah @ Makkah? saidina@sayidina? | JAWAPAN BETUL HADIS, REDA, SAYIDINA, MEKAH @ MAKKAH-KEDUA-DUANYA BOLEH DIGUNAKAN. | Ejaan | 09.08.2012 |
salam sejahtera, saya ingin pastikan sama ada ayat di bawah betul atau sebaliknya. Ani bersyukur kerana selepas beberapa hari, demamnya semakin susut/turun/reda. sekian terima kasih. | Yang betul ialah Ani bersyukur kerana selepas beberapa hari, demamnya semakin reda. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bagi maksud reda. | Tatabahasa | 15.07.2008 |
Saya ingin tahu mengapa ejaan redha ditukar kepada reda dan mengapa ejaan Y.Bhg ditukar kepada YBhg. Saya ingin tahu alasannya. Terima kasih. | Proses penyerapan istilah asing mengutamakan bentuk visualnya, yakni bentuk ejaannya supaya sesuai dengan Sistem Ejaan Bahasa Melayu. Oleh itu, kata 'redha' dieja sebagai 'reda'. Sementara singkatan Y. Bhg. ditukarkan kepada YBhg kerana kependekan tidak perlu menggunakan titik dan untuk menyelaraskan penggunaan kependekan lain seperti YAB dan YB . | Tatabahasa | 25.09.2007 |
Istilah agama 1. utk ejaan redha (isitlah agama) yg betul. saya lihat di kamus dewan ejaannya reda. tapi kalau ikut istilah ejaan yg tepat ialah??? 2. ada tak buku istilah agama yg terbaru boleh sya perolehi? setakat ini yg saya ada dari dbp buku istilah agama tahun 1986 yg dah outdated...ada yg terbaru ka? | Ejaan yang betul ialah "Reda" berdasarkan pedoman ejaan bahasa Melayu. Kita masih menerima pakai buku istilah tersebut di samping Kamus Dewan Edisi Keempat dan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi, Sebutan, Jawi). | Ejaan | 11.01.2012 |
adakah redha sama maksud dengan rela? | reda: (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; rela: (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan; | Makna | 03.11.2009 |
Bagaimanakah pengguna bahasa Melayu dapat/ boleh membezakan penggunaan/sebutan e taling dan e pepet ? contoh : rendang, sepak, reda, semak, perang dll | Rujuk buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu, di bawah tajuk pola keselarasan vokal: e pepet boleh diikuti a, i, u dalam suku kata kedua/akhir tertutup, manakala e taling boleh diikuti a, e (taling), o dalam suku kata kedua/akhir tertutup. | Tatabahasa | 07.10.2011 |
Apakah kriteria sesuatu ejaan diguna pakai? Kadang-kadang nampak ketidakseragaman ejaan. Contohnya perkhemahan, perkelahan, Ramadan, Hadhari. Apa fungsi huruf 'h' kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Contoh lain Khamis, reda, khas dan lain-lain. | Sistem ejaan bahasa Melayu ialah sistem yang pada umumnya berdasarkan kaedah fonemik, iaitu unit-unit bunyi yang berfungsi sahaja yang dilambangkan dengan huruf. Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 324 dan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, halaman 1. | Ejaan | 31.08.2009 |
|
|