Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Reaksi Ali ketakutan apabila diamrahi oleh ibunya. Adakah ayat ini betul? | Kurang tepat, ayat yan betul ialah - Ali ketakutan apabila dimarahi oleh ibunya. | Tatabahasa | 20.08.2009 |
1. Saya tidak sabar lagi menunggu dia. 2. Penyakit H1N1 telah menimbulkan reaksi di kalangan rakyat. Adakah ayat- ayat di atas betul? | 1. Saya tidak sabar lagi menunggu dia. - ayat ini betul 2. Penyakit H1N1 telah menimbulkan reaksi di kalangan rakyat. - ayat ini kurang tepat kerana penggunaan kata reaksi kurang tepat dalam ayat tersebut | Tatabahasa | 04.09.2009 |
kalang II; kalangan 1. lingkungan, golongan: sajak Sidang Roh oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Perancis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri;--contoh di atas adalah dari kamus dewan. 1) Menurut jawapan yang diberikan oleh pihak DBP dalam khidmat nasihat, tuan menyokong "dlm kalangan". "dlm kalangan" tidak pernah muncul dlm contoh ayat kamus dewan dan hanya muncul dlm majalah. Jadi, adakah ini bermakna contoh dari kamus dewan tidak gramatis? 2) "Puan Siti sayangkan anaknya." Penggunaan "sayangkan" gramatis atau tidak? "sayangkan" terdapat dlm kamus dewan dan adakah penggunaan ini hanya untuk pantun? | Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan kamus umum yang pengumpulan datanya dibuat berdasarkan kajian korpus. dari segi penggunaan dalam korpus yang dikaji frasa 'di kalangan' dan 'sayangkan anak' digunakan dengan meluas. Walau bagaimanpun frasa yang lebih tepat adalah 'dalam kalangan'. Kata sendi 'di' digunakan untuk merujuk tempat. Ayat yang betul ialah Puan Siti menyayangi anaknya atau Puan Siti sayang akan anaknya. | Tatabahasa | 06.03.2008 |
Salam, Saya ingin mendapatkan huraian bagi kemusykilan2 di bawah ini: 1) Kalau 'Hooray' diterjemahkan dalam bahasa Melayu menjadi 'Hore', bagaimana pula dengan 'Yay' yang menunjukkan reaksi gembira? 2) Perkataan 'teruja' atau 'ghairah' boleh digunakan untuk menunjukkan perasaan 'excited'. Jikalau ayat Inggeris berbunyi 'I felt so excited', apakah ayat bahasa Melayunya jikalau saya hendak menggunakan perkataan ghairah? Adakah 'Saya berasa ghairah' mencukupi? Pada pendapat saya, perlu diperluaskan ayat tersebut, menjelaskan kenapa ada perasaan sedemikian. Terima kasih kerana menyediakan wadah sebegini. Sekian, terima kasih. | 1. Perkataan "Yay" tidak terdapat dalam pangkalan data kami kerana perkataan ini merupakan perkataan bahasa Inggeris untuk menggambarkan perasaan gembira. Perkataan ini boleh ditukar kepada "yei" dalam bahasa Melayu dan hanya digunakan dalam bahasa percakapan. 2. Ayat "Saya berasa ghairah" dan "Saya berasa teruja" boleh digunakan. Walau bagaimanapun, pemilihan perkataan yang sesuai, sama ada "ghairah" atau "teruja" bergantung pada konteks penggunaan ayat tersebut. | Ejaan | 21.08.2013 |
Boleh saya terjemahkan 'backlash' kepada 'backlash' dalam Bahasa Melayu? Saya telah mendapat khidmat nasihat seorang jurutera yang juga seorang pensyarah di IPT kerana ini adalah satu istilah bidang kejuruteraan. Beberapa terjemahan lain telah diberi oleh pihak lain iaitu 'sebat balik', 'enjatan tak menentu' dan 'bidas ke belakang'. Ini adalah selain terjemahan DBP 'reaksi atau tindak balas yang hebat. Sila nasihatkan saya sama ada terjemahan lain selain dari yang diberi oleh DBP boleh digunakan? Tk. | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah tindak balas atau libas balik mengikut penggunaan dalam konteks masing-masing. Istilah atau padanan bahasa Melayu daripada Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan istilah atau padanan yang baku. | Istilah | 06.03.2009 |
Salam sejahtera, bolehkah beritahu saya berapa jenis monolog yang terdapat dalam penulisan novel? Juga, bolehkah terangkan kepada saya perbezaan di antara monolog dan monolog dalaman? | Monolog ialah pertuturan kepada diri sendiri sama ada boleh disuarakan atau diucapkan dalam hati. Tidak ditujukan kepada orang lain dan tidak memerlukan reaksi ataupun jawapan daripada orang lain. Monolog hanya dua sahaja iaitu monolog dan monolog dalaman. Monolog (disuarakan) Sabarlah ayah, emak. Hajat ayah dan emak mahu nenek hendak naik haji pasti Aris tunaikan, bisik Aris perlahan dengan wajah yang diseliputi awan kerisauan. Monolog (dalaman/diucapkan dalam hati) Inilah agaknya erti kasih antara anak dan ibu, detak hati kecil Rina. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir di pipinya yang gebu. | Sastera | 26.07.2012 |
|
|