Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
para undangan mengambil tempat masing-masing. betulke ayat tersebut? sejak zaman purba dahulu? betul ke atau sejak zaman purba? bergantung kepada/pada guru? yang mana satu betul? | 1. Ayat para undangan mengambil tempat masing-masing adalah betul. 2. Frasa yang betul ialah: i. sejak zaman purba, ii bergantung pada. | Tatabahasa | 27.07.2009 |
Assalamualaikum, saya ingin meminta nasihat untuk terjemahan "Counting Rods", iaitu sejenis sistem angka purba Cina, dalam tulisan Cina ringkas: Terima Kasih | Istilah counting rod tidak ada dalam pangkalan data kami. Padanan istilah bahasa Melayu untuk rod dalam bidang matematik ialah batang atau rod. Padanan bahasa Melayu untuk counting ialah pembilang atau bilangan. Cadangan terjemahan ialah rod pembilang atau batang pembilang. | Istilah | 18.02.2011 |
siapakah golongan marhaen? | Dalam bidang sejarah golongan marhaen dikelaskan kepada golongan bawahan atau rakyat biasa dalam tata tingkat masyarakat pada zaman Rom purba, sebab itulah dalam Kamus Dewan rakyat jelata seperti petani, nelayan, dan sebagainya dikatakan sebagai golongan marhaen. | Makna | 04.10.2009 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi "writing tablet"? Mungkin benda ini diperbuat daripada tanah liat atau kayu. Bolehkah menggunakan "batu tulis" walaupun merujuk kepada bahan yang diperbuat daripada kayu? Ini terdapat dalam tulisan purba. Terima kasih atas panduan. | Padanan "Writing tablet" tidak ada dalam pangkalan data kami. Berdasarkan maklumat yang saudara berikan "writing tablet" ini hampir sama dengan Batu Bersurat Terengganu yang mempunyai ukiran/tulisan padanya yang membuktikan sejarah kedatangan Islam ke Terengganu pada zaman dahulu. Oleh itu, kami mencadangkan padanan "writing tablet" dalam bahasa Melayu ialah kayu bersurat atau tanah bersurat, rujuk kepada jenis material tersebut sama ada kayu atau tanah. | Istilah | 20.06.2011 |
APAKAH MAKSUD ARTIFAK, MONUMEN DAN FOSIL? | Artifak ialah barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas, senjata) yg merupakan peninggalan sesuatu zaman. Monumen ialah bangunan (patung dll) yg dibina utk memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa penting, tugu. Fosil pula ialah tinggalan (sisa) jasad haiwan atau tumbuhan zaman purba (prasejarah) yg kini mengeras dan tertanam di dlm bumi (batuan dsb). | Makna | 13.08.2008 |
|
|