Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ayat yang manakah betul atau tepat? Petikan membincangkan tentang punca-punca...atau Petikan membincangkan punca-punca..... | Ayat yang betul ialah 'Petikan membincangkan punca-punca... Jika menggunakan 'tentang' ayat yang betul ialah 'Petikan berbincang tentang punca-punca..... | Tatabahasa | 13.09.2007 |
Minta beri pandangan, yang manakah wajar digunakan ? di kalangan / dalam kalangan; antara punca / antara punca-punca; kereta baru / kereta baharu; di majlis / dalam majlis; berkenaan isu tersebut / berkenaan dengan isu tersebut; pertandingan melukis / pertandingan lukisan; lesen memandu / lesen pemandu. Terima kasih. | Yang betul ialah dalam kalangan, antara punca, kereta baru dan kereta baharu - kedua-duanya betul, di majlis, berkenaan isu tersebut, pertandingan melukis, lesen pemandu - walau bagaimanapun lesen memandu telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat (asalnya lesen memandu kereta). | Tatabahasa | 11.11.2010 |
apakah punca-punca keracunan makanan? | Sila rujuk bahan ini : 1. Makanan : keracunan dan keselamatan Jamal Kahair Hashim Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003. 2. Kes keracunan makanan Siti Balkis Budin Dewan Masyarakat 01/07/2007 3. Langkah-langkah mengelak keracunan makanan Mohd. Hamdan Haji Adnan Dewan Siswa | Lain-lain | 20.10.2007 |
definisi dan punca-punca kesalahan bahasa melayu | Kesalahan bahasa Melayu bermaksud penggunaan bahasa Melayu yang tidak mengikut hukum-hukum atau sistem bahasa yang ditetapkan seperti dari segi tatabahasa dan penulisannya. Contohnya, kesalahan penggunaan kata, ayat tergantung, ayat tiada subjek, dan kesalahan penggunaan tanda baca, imbuhan, ejaan, serta istilah. Punca berlakunya kesalahan ini ialah pengguna tersebut tidak mempunyai ilmu bahasa Melayu yang mantap dan membuat kajian tentang perkembangan bahasa Melayu secara berterusan. | Makna | 19.02.2008 |
1. Apakah punca-punca yang boleh menyebabkan seseorang murid gagal menguasai kemahiran membina dan mentafsir ayat dalam penulisan Bahasa Melayu. 2. Bagaimanakah cara- cara untuk mengatasi masalah kegagalan murid menguasai kemahiran membina dan mentafsir ayat dalam penulisan Bahasa Melayu. | Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kami kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Kami mencadangkan saudara merujuk buku atau makalah yang berkaiatan dengan tajuk untuk memudahkan saudara menyiapkan tugasan tersebut. Sila layari laman web kami, tuliskan tajuk yang berkaitan dengan tugasan dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran. | Lain-lain | 05.04.2013 |
1)apakah punca-punca pencemaran bahsa melayu? 2)apakah langkah-langkah mengatasi pencemaran bahasa melayu? | Bahasa Melayu tercemar kerana penggunanya tidak berpegang pada tatabahasa, ejaan, tanda baca, istilah, dan sebagainya termasuk sebutan yang diamalkan oleh penuturnya. Kini telah wujud bahasa rojak dan bahasa SMS yang sama sekali tidak bertepatan dengan struktur bahasa Melayu yang baku. Langkah bagi mengatasi masalah ini ialah pengguna hendaklah menguasai kemahiran dan pengetahuan bahasa Melayu dan menggunakanya secara betul sama ada dalam liusan atau tulisan. | Makna | 25.07.2006 |
masalah dalam bahasa di kalangan penduduk malaysia dan punca-punca berlakunya masalah bahasa?isu-isu yang berlaku terhadap masalah berbahasa | Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Soalan yang dikemukakan oleh saudara terlalu umum. Namun demikian, untuk membantu, saudara boleh merujuk Buku Perancangan Bahasa Melayu karya Prof.Dr.Haji Awang Sariyan. Segala maklumat yang diperlukan ada didalamnya. Terima kasih. | Lain-lain | 26.01.2007 |
(1)Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan malaysia kini untuk mengatasi karenah birokrasi dalam organisasi awam. (2)Punca-punca berlakunya karenah birokrasi dalam organisasi awam di malaysia. | Untuk menjawab soalan ini saudara bolehlah merujuk makalah atau bahan penulisan tentang perkara ini dalam akhbar atau majalah tempatan atau membuat rujukan di perpustakaan atau merujuk buku-buku yang ada di pasaran. | Lain-lain | 18.09.2008 |
apa beza etiologi dan punca penyakit | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, etiologi membawa maksud kajian tentang punca (sebab) timbulnya penyakit. Etiologi juga mempunyai makna, kajian atau falsafah tentang sebab-musabab. Oleh itu, etiologi lebih cenderung kepada kajian-kajian yang dilakukan untuk mengetahui sesuatu punca atau sebab musabab berlakunya sesuatu misalnya punca berlakunya penyakit. Manakala punca didefinasikan sebagai pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk. Ayat mudah punca lebih kepada sebab berlakunya sesuatu perkara misalnya dalam pertanyaan di atas punca kepada berlakunya penyakit. Berbeza dengan etiologi, etiologi merupakan kajian yang dilakukan untuk mengetahui punca kepada berlakunya penyakit. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Istilah | 25.07.2012 |
apakah punca kesilapan semantik dan contoh-contoh kesilapan semantik | Soalan ini mungkin berkaitan dengan kesilapan makna perkataan. Kesilapan makna perkataan mungkin berpunca daripada pemilihan makna bukan dalam bidang yang dipilih. Kajian semantik yang mengkaji tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata wajar dijalankan agar maklumat tentang sesuatu perkataan dapat dijelaskan dengan mudah dan menyeluruh. | Lain-lain | 22.02.2008 |