Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan bahasa dalam ayat berikut : *(PERHATIAN! KENDERAAN DILARANG MENUNGGU DIATAS PETAK KUNING). Mana satu perkataan yang betul sama ada DIATAS PETAK KUNING atau DIKAWASAN PETAK KUNING? | Puan, Frasa yang betul ialah 'di kawasan petak kuning'. | Tatabahasa | 06.10.2010 |
Sila semak ayat-ayat berikut: 1. Selepas waktu sesi persekolahan, ibu bapa harus menunggu anak di pintu pagar sekolah atau di dalam petak merah yang berhampiran dengan pondok keselamatan sekolah. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kantin sekolah untuk membawa anak pulang. 2. Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan bekas polistirena untuk menyimpan makanan kepada anak semasa kelas tambahan. 3. Ibu bapa bagi murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 harus datang ke Bilik Pentadbiran SJK(C) Yuk Choi untuk membuat Pengesahan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012. | 1. Selepas waktu sekolah, ibu bapa harus menunggu anak di pintu pagar sekolah atau di dalam petak merah yang berhampiran dengan pondok keselamatan sekolah. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kantin sekolah untuk membawa anak pulang. 2. Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan bekas polistirena untuk menyimpan makanan yang diberikan kepada anak semasa kelas tambahan. 3. Ibu bapa murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 harus datang ke Bilik Pentadbiran SJK(C) Yuk Choi untuk membuat Pengesahan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012. | Tatabahasa | 22.07.2011 |
1)golf club 2)starting tee box | 1)kayu golf 2)petak ti bermula | Ejaan | 10.01.2011 |
maksud atau makna teka silang kata dan catur | Teka silang kata ialah permainan untuk menguji minda dgn menggunakan huruf-huruf yang dicantum menjadi perkataan, biasanya diberikan soalan/pembayang untuk menjawab pada kotak-kotak yang disediakan. caturI sj permainan utk dua orang, setiap orang menggerakkan 16 buah caturnya mengikut peraturan tertentu di atas papan catur; buah ~ buah dlm permainan catur; papan ~ papan berpetak-petak (64 petak) yg dipakai dlm permainan catur; | Makna | 05.09.2007 |
saya ada satu teka silang kata ,tapi saya tak tahu satu soalan ini :kata lain bagi AKU. hanya ada 2 petak sahaja | Maaf soalan saudara tidak termasuk dalam senarai khidmat nasihat bahasa. Sama makna dengan aku ialah saya, hamba, beta dan sebagainya. | Lain-lain | 20.10.2008 |
Salam Ramadan, Padanan istilah 'pigeon hole' (merujuk kepada kotak/peti surat) dalam bahasa Melayu. Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk "pigeon hole" ialah petak surat. | Istilah | 23.07.2013 |
Assalamualaiikum! 1. Dalam penulisan minit mesyuarat, TINDAKAN patut ditulis di bahagian mana (ada yang tulius di kiri / kanan di bawah pernyataan dan ada yang tulis di dalam petak sebelah kanan . mana satukah yang betul? 2. Pohon diberikan contoh format penulisan minit mesyuarat yang betul | 1. Format minit mesyuarat biasanya ditentukan oleh institusi atau organisasi masing-masing. Menulis minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Jika menggunakan bentuk dalam kotak, ruang TINDAKAN diletakkan di sebelah kanan (lajur akhir). Sekiranya ditulis menggunakan bentuk tanpa kotak, kenyataan TINDAKAN diletakkan di bawah teks atau perkara yang berkenaan. 2. Saudara boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 12.05.2010 |
Dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, rata-rata orang menyebut booth pameran. Sebutan ini tergolong dalam konsep sekerat ular, sekerat belut. Apakah ungkapan yang sesuai/tepat untuk booth pameran? | Dalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuk "booth" ialah pondok, bilik, ruang, petak dan gerai. Oleh itu, dalam konteks Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, istilah yang sesuai ialah ruang atau petak. | Istilah | 09.05.2012 |
apakah permainan dam melayu | Menurut Kamus Dewan pemainan Dam merupakan sejenis permainan utk dua orang pemain, setiap pemain menggerakkan 12 buah dam mengikut peraturannya di atas papan yg berpetak-petak segi empat (spt papan catur); | Lain-lain | 05.08.2007 |
Yang mana lebih sesuai digunakan untuk dijadikan papan tanda: a. Stor alatan pendidikan jasmani b. Bilik alatan pendidikan jasmani | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan stor bermaksud (rumah,ruang,bilik dsb.) tempat menyimpan barang. Perkataan bilik bermaksud ruang dalam rumah(bangunan dll.) yang bersekat dengan dinding dan berpintu , kamar. Ruang yang tersekat,petak kecil. Kedua-duanya boleh digunakan. Pada kebiasaan bilik lebih kecil daripada stor dan stor fungsinya adalah untuk menyimpan barang. Oleh itu, bergantung pada pihak saudara menentukan kesesuaian penggunaan perkataan mengikut fungsi tempat tersebut. | Lain-lain | 28.04.2008 |