Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah "Pesta Ponggal" dan "Pesta Tanglung "dikehendaki huruf besar? | Perkataan "Pesta Ponggal dan Pesta Tanglung" dimulai dengan huruf besar di pangkal perkataan. | Tatabahasa | 12.07.2013 |
KAMI INGIN MENGANJURKAN PROGRAM YANG BERTAJUK FIESTA MAKANAN. SEKIRANYA PIHAK DBP SETUJU PENGUNAAN NAMA FIESTA MAKANAN BOLEH PIHAK DBP KELUARKAN SATU SURAT KEPADA KAMI KEBENARAN MENGUNAKAN NAMA TERSEBUT. | Perkataan "Fiesta" tidak boleh digunakan. Sila tukar kepada Pesta (Pesta Makanan ). Untuk mendapat sijil pengesahan, sila hantar melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat DBP) | Lain-lain | 10.12.2014 |
APAKAH ITU PESTA KALIMARAN? DARI MANA ASAL USUL PESTA TERSEBUT? | Pesta Kalimaran merupakan satu perayaan tradisional kaum Murut di Sabah. Ia dirayakan setiap tahun pada 31 Mac. | Lain-lain | 31.05.2009 |
1) pesta buku atau Pesta Buku, manakah yang betul? 2) Kelaskan kata-kata nama yang berikut mengikut kumpulan, adakah kata-kata nama sesuai digunakan? (Fail dilampirkan) | 1. pesta buku 2. Sila rujuk lampiran. | Tatabahasa | 16.04.2013 |
Pesta Menuai disambut oleh kaum Kadazan-Dusun. Adakah betul ejaan perkataan Kadazan-Dusun tersebut? | Menurut data kami ejaan yang betul ialah Kadazan Dusun | Ejaan | 19.05.2020 |
Assalamualaikum. Sekiranya majlis yang tiada perasmian misalnya Pesta Pantun Sekolah Menengah, sesuaikah digunakan ungkapan Majlis Penangguhan Pesta Pantun Sekolah Menengah atau Majlis Penutupan Pesta Pantun Sekolah Menengah. Bolehkah penggunaan ungkapan Majlis penangguhan digunakan untuk menutup sesuatu majlis dengan alasan majlis tersebut akan diadakan lagi pada setiap tahun? Mohon pencerahan daripada pihak tuan kerana penggunaan ungkapan majlis penangguhan seringkali digunakan dalam menutup sesuatu majlis. Terima kasih. | Majlis Penangguhan Pesta Pantun Sekolah Menengah atau Majlis Penutupan Pesta Pantun Sekolah Menengah, kedua-dua frasa ini boleh digunakan. | Tatabahasa | 09.03.2015 |
FIESTA dan PESTA Adakah ia memberi maksud yang sama? Apakah perbezaan maksudnya? Situasi bagimana perlu menggunakan FIESTA/PESTA? | Ejaan dalam bahasa Melayu yang betul ialah pesta. Fiesta merupakan ejaan bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 16.10.2013 |
Festival Jublis Emas UiTM atau Pesta Jubli Emas UiTM | Pesta Jubli Emas UiTM. Perkataan Festival adalah daripada perkataan bahasa Inggeris dan belum diterima secara sah dalam Kamus Dewan, terbitan DBP. Harap maklum. | Istilah | 26.09.2006 |
Laman web pusat rujukan DBP memberi terjemahan pesta untuk fair. Sesuaikah jika "job fair "diterjemahkan sebagai pesta kerjaya? Atau pameran kerjaya? | Cadangan padanan bagi istilah job fair dalam bahasa Melayu ialah pameran kerjaya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 08.09.2024 |
Apakah terjemahan bagi 'party hat'? Adakah 'topi pesta'? | Puan Azeelia, Cadangan terjemahan bagi perkataan tersebut ialah topi pesta. | Istilah | 24.06.2010 |