Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk perkataan-perkataan seperti "amalan", "cabaran", "prinsip", "dasar", "undang-undang", dan sebagainya? Adakah perkataan "sebuah" sesuai untuk digunakan? Saya sering melihat perkataan-perkataan ini digunakan tanpa didahului oleh sebarang penjodoh bilangan. Sebagai contoh, "sembilan cabaran Wawasan 2020", "lima prinsip rukun negara", "tujuh amalan sunnah Rasulullah", "sepuluh dasar kepimpinan guru". Oleh itu, antara dua rangkai ayat di bawah, yang manakah ayat yang betul? (a) Pelaksanaan ini adalah berdasarkan tiga prinsip utama. (b) Pelaksanaan ini adalah berdasarkan tiga buah prinsip utama." | Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama kata bilangan untuk kata nama konkrit seperti benda, haiwan dan manusia. Amalan, cabaran, prinsip dan sebagainya bukanlah kata konkrit, maka tidak perlu didahului penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 07.09.2013 |
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan? | Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut: (rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar. | Tatabahasa | 19.04.2013 |
Apakah terjemahan perkataan-perkataan di bawah dalam bahasa melayu untuk istilah teknologi? 1) Zoom in 2) Zoom out 3) setting - tetapan? 4) background selection 5) open - buka 6) hide - sembunyi? 7) help - tolong @ bantuan? 8) shortcut terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. zoom in - zum dekat 2. zoom out - zum jauh 3. setting - pengesetan 4. background selection - pilihan latar belakang 5. open - buka 6. hide - sorok/sembunyi 7. help - bantuan 8. shortcut - pintas | Istilah | 14.03.2013 |
Mohon ejaan Jawi bagi perkataan-perkataan berikut: 1. Tokku Paloh 2. Tok Kenali 3. Datok Bahaman 4. Baitul Hikmah Terima kasih. Wassalam. | Seperti Lampiran | Ejaan | 28.06.2013 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan-perkataan di bawah? Berikut ialah bahasa-bahasa di dunia dalam bahasa Inggeris. Avestan Tibetan Standard Basque Terima kasih atas bantuan anda. | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk nama bahasa yang dikemukakan. Cadangan kami adalah seperti yang berikut: i. Avestan - bahasa Avesta ii. Tibetan - bahasa Tibet iii. Standard Basque - bahasa Basque standard | Istilah | 03.07.2013 |
"Salam.boleh tak memberitahu saya ,contoh bina ayat untuk perkataan perkataan tersebut.hati,pemerhatian ,pemerhati,memanggang,menjerang.sekian terima kasih" | Pemerhatian: Asal usul penyakit itu diketahui setelah pemerhatian dan percubaan dijalankan. Pemerhati: Pemerhati politik yg objektif akan menyetujui Perdana Menteri. Memanggang: ibu sedang memanggang ikan di dapur. Menjerang: Nenek menjerang sup ayam di dapur. | Lain-lain | 26.02.2013 |
Mohon senaraikan perkataan Bahasa Melayu yang dicantumkan, misalnya antarabangsa. Adakah perkataan warganegara (satu perkataan) atau warga negara (dua perkataan). | Perkataan tersebut ialah kata majmuk yang mantap. Terdapat lima belas kata majmuk yang telah mantap, suruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawab, kakitangan, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, tandatangan, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 08.03.2013 |
"Apakah perbezaan antara kosa kata istilah dan kosa kata umum." | Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
Apakah perbezaan antara kata dengan perkataan dalam kajian morfologi? | Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan, perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. Perkataan mengandungi berbagai-bagai bentuk yang dapat dijeniskan sebagai kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Untuk huraian terperinci tentang bentuk kata, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 43 -56 (Bab 3 - Morfologi) | Tatabahasa | 07.10.2013 |
Adakah perkataan ululalbab ada dalam perkataan bahasa Melayu? Jika tiada, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikannya? | Tidak ada. Kami cadangkan pihak tuan/puan mengekalkan penggunaan perkataan tersebut. Sekiranya ada perkataan bahasa Melayu yang boleh diguna, kami akan maklumkan kemudian. | Istilah | 27.03.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| kata (kata nama) | Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz,
sebut, ujar, syarah, bahas;, | | Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan, |
|
|