Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Pej. SUK Tr. (PSUKTr) dlm proses tukar nama jwtan d Istana Tr. Soalannya mana yg tepat - i. Datuk Pengelola Bijaya Diraja atau ii. Dato' Pengelola Bijaya Diraja? PSUKTr cdg (i) kerana negeri lain spt Selangor, Johor, Istana Negara menggunakannya. Tetapi Istana Trg cdg (ii) kerana anugerah bintang di sini menggunakan Dato' bukannya Datuk....tk. | Datuk Pengelola Bijaya Diraja merupakan satu bentuk jawatan. Gelaran yang dianugerahkan kepada penyandangnya ialah Dato' kerana Sultan Terengganu yang menganugerahkan darjah kebesaran tersebut. Oleh itu kedua-duanya boleh diterima pakai. Sekiranya merujuk jawatan, bentuk yang betul ialah ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja, manakala sekiranya merujuk orang/penyandang, digelar Dato' (bergantung pada negeri yang menganugerahkan darjah kebesaran tersebut) . Contoh lain: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (nama jawatan), penyandangnya Dato' Mazalan bin Mohd. Noor. Datuk Bandar Kuala Lumpur (nama jawatan), nama penyandang: Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail. Untuk mendapatkan keterangan yang lebih sahih, kami mencadangkan saudara merujuk Bahagian Adat Istiadat dan Protokol, Jabatan Perdana Menteri, iaitu pihak yang lebih arif dan berwibawa dalam hal-hal seperti ini. | Tatabahasa | 07.08.2010 |
Apakah perbezaan makna antara' Jawatankuasa pengelola' dengan ' Jawatankuasa kerja'? | Jawatankuasa pengelola dan Jawatankuasa kerja menpunyai maksud yang sama. Penggunaannya bergantung kepada konteks dan situasi. | Lain-lain | 02.03.2010 |
Yang manakah betul? Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak ATAU Jawatankuasa Pengelolaan Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak. | Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak. | Tatabahasa | 02.03.2010 |
Jika maksud' jawatankuasa pengelola'' dan jawatankuasa kerja' mempunyai makna yang sama dan penggunaannya bergantung pada konteks dan situasi. Bolek tak tuan berikan contoh situasi yang menampakkan perbezaan dari segi penggunaannya. | Yang biasa digunakan ialah jawatankuasa kerja. Pengelola ialah orang yg mengarah dan mengawal, pengurus, penyelenggara, pentadbir: ~ sekolah-sekolah kebangsaan; ~ syarikat perniagaan. | Tatabahasa | 03.03.2010 |
Siapakah yang dikenali sebagai Tuan Pengerusi Majlis dalam sesuatu majlis? Adakah pengelola atau juruacara majlis tersebut? TQ | Selamat petang saudara, Mengikut kamus Dewan, pengerusi majlis ialah ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb) Contoh ayat : Perdana Menteri menjadi pengerusi majlis mesyuarat Jemaah Menteri. Pengerusi majlis juga bermaksud pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): Pengerusi majlis Lembaga Pengarah. Manakala pengacara majlis pula ialah, Id peguam bela 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara. | Makna | 15.10.2012 |
What is General Superintendent in Bahasa Malaysia. We have been using the word Pengelola Agung. Thank you for your help. | Istilah General Superintendent tidak ada dalam sumber rujukan. Walau bagaimanapun saya paparkan beberapa bentuk bentuk istilah yang mengandungi perkataan general dan padanannya dalam bahasa Melayu seperti Inspector General - Ketua Polis Negara, Auditor General - Juruaudit Negara, General Manager - Pengurus Besar, General Staff - Kakitangan Turus Am. Berdasarkan contoh-contoh tersebut tidak istilah yan menggunakan kata general diberi padanan Agung. Oleh itu, berdasarkan contoh yang ada padanan yang paling sesuai untuk General Superintendent ialah Penguasa Negara. | Istilah | 13.05.2009 |
Apakan istilah yang sesuai untuk menggantikan istilah Board of Governors? mohon bantuan | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus bahasa Melayu dalam pangkalan data kami untuk "Board of Governors". Walau bagaimanpun, istilah yang dicadangkan ialah Lembaga Pengelola. | Istilah | 12.12.2012 |
salam.saya sedang membuat tesis isu sosial dalam cerpen-cerpen dewan masyaraklat sept 2005 hingga ogos 2006.saya dapati mulai sept 2006,tiada lagi cerpen dalam DM.Apakah sebab cerpen tidak lagi disisipkan dalam DM?TQ | Untuk makluman tuan, kami tidak lagi menerbitkan cerpen dalam majalah Dewan Masyarakat berdasarkan keputusan oleh Ahli Lembaga Pengelola DBP ketika itu kerana majalah Dewan Masyarakat berkonsepkan berita bulanan. | Lain-lain | 01.04.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| kelola (kata kerja) | Bersinonim dengan kemudi, kendali, selia, selenggara, tadbir, urus, pimpin, arah atur;, | | Kata Terbitan : mengelola, mengelolakan, kelolaan, pengelolaan, pengelola, |
|
|