Kata |
Takrif |
Sumber |
tadbir urus | cara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi atau perjalanan sesebuah perbadanan, syarikat dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Tadbir urus korporat (Tadb) | cara (tindakan atau sistem) mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi, perjalanan dsb sesebuah organisasi (syarikat dsb) yg dipertanggungjawabkan kpd Lembaga Pengarah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tadbir | urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dll), tugas menguruskan sesuatu, pemerintahan: Tuan Kadi itu menjalankan ~nya; mangkubumi wazir yg em-punya ~ di dlm negeri Johor Darul Takzim; ~ urus korporat (Tadb) cara (tindakan atau sistem) mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi, perjalanan dsb sesebuah organisasi (syarikat dsb) yg dipertanggungjawabkan kpd Lembaga Pengarah;mentadbirkan mengurus dan menjalankan (pejabat dll), mengelolakan, memerintah: mereka ini haruslah mempunyai pengetahuan asas utk mengelola dan ~ perpustakaan; baik buruknya pemerintahan sesebuah negeri bergantung pd keadaan pegawai-pegawai yg ~ kerajaan negeri itu; tadbiran (sesuatu) yg ditadbirkan: bumi ~ manusia; pentadbiran perbuatan mentadbirkan, pengelolaan, pengurusan, pemerintahan: dgn adanya pegawai itu, ~ negara tetap berjalan dgn tidak putus-putus; pentadbir orang yg mentadbirkan, pengelola, pengurus, pemerintah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tadbir | pentadbir orang yg mentadbirkan. | Kamus Pelajar |
tadbir | pentadbiran perbuatan atau hal mentadbirkan; urusan mentadbirkan: ~ negara Malaysia berjalan dgn lancar. | Kamus Pelajar |
tadbir | mentadbirkan menjalankan urusan perjalanan sesebuah syarikat (badan, pejabat, negara dll); mengelolakan; mengurus: Beberapa orang pegawai terlatih telah dilantik utk ~ badan itu. | Kamus Pelajar |
tadbir | kerja-kerja mengurus dan mengawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): pegawai ~ pegawai yg mengurus perjalanan sesebuah syarikat atau pemerintahan negara. | Kamus Pelajar |
tadbir | petadbiran hal-hal mengenai tadbir. | Kamus Pelajar |
tadbir | kerja-kerja mengurus dan mengawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): pegawai ~ pegawai yg mengurus perjalanan sesebuah syarikat atau pemerintahan negara. ~ urus cara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi atau perjalanan sesebuah perbadanan, syarikat dsb. mentadbir membuat kerja-kerja mengurus dan mengawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): Beliau mendapat pujian kerana cekap ~. mentadbirkan menjalankan urusan perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll); mengelolakan; mengurus: Beberapa orang pegawai terlatih telah dilantik utk ~ badan itu. pertadbiran hal-hal mengenai tadbir. pentadbiran perbuatan, hal dll mentadbir atau mentadbirkan; urusan mentadbir atau mentadbirkan: ~ negara Malaysia berjalan dgn lancar. pentadbir orang yg mentadbir atau mentadbirkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pegawai tadbir | pegawai yg mengurus perjalanan sesebuah syarikat atau pemerintahan negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
administrative | adj tadbir: ~ duties, tugas tadbir; an ~ body, badan tadbir; ~ skill, kemahiran tadbir; ~ lag, kelemahan tadbir. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
misgovernment | n salah tadbir. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
home economics | n ilmu tadbir rumah tangga. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
administrative behaviour | perilaku/tingkah laku administrasi | tingkah laku pentadbiran | perlakuan tadbir/tingkah laku tadbir | Sains Politik |
policy | kebijakan | polisi/ dasar (tadbir) | polisi/ dasar (tadbir) | Sains Politik |
public governance | tata kelola pemerintahan publik/kepemerintahan publik | tadbir urus awam | tadbir urus awam | Sains Politik |
Malaysian Administrative and Diplomatic Service | xxx | Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia | Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia | Sains Politik |
private governance | tataurus/tatakelola pemerintahan privat/swasta | pemerintahan swasta | tadbir urus persendirian | Sains Politik |
enviromental governance | Tiada | kepemerintahan persekitaran | tadbir urus persekitaran | Sains Politik |
corporate governance | kepemerintahan korporat/tata kelola kepemerintahan korporat | kepemerintahan korporat | tadbir urus korporat | Sains Politik |
good governance | tata kelola pemerintahan yang baik | pemerintahan yang baik | tadbir urus baik | Sains Politik |
global governance | kepemerintahan global | kepemerintahan sedunia | tadbir urus global | Sains Politik |
local governance | tata kelola pemerintahan lokal; kepemerintahan daerah | kepemerintahan tempatan | urus tadbir tempatan | Sains Politik |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) | Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Instrumen untuk pembaharuan tadbir urus korporat berdasarkan prinsip dan amalan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, melangkaui tahap minimum undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia. |
governance | tadbir urus | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Berkaitan dengan pentadbiran yang menyeluruh dalam mengurus, membuat keputusan dan melaksanakan polisi. |
corporate governance | tadbir urus korporat | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Rangka kerja merangkumi peraturan, amalan dan proses yang terarah dan terkawal bagi sesebuah organisasi. |
materiality | kematanan | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang penting kepada syarikat dan pemegang kepentingan. |
material topic | topik matan | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang relevan kepada perniagaan dan pemegang kepentingan. |
ESG integration | integrasi ESG | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Penyepaduan faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus dalam membuat keputusan syarikat. |
ESG rating | penarafan ESG | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Ukuran prestasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus sesebuah syarikat. |
sustainable finance | pembiayaan mampan | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Pembiayaan yang mengutamakan alam sekitar, sosial dan tadbir urus untuk meningkatkan pelaburan jangka panjang bagi pelaksanaan projek ekonomi mampan (Suruhanjaya Eropah). |
green-bleaching | luntur hijau | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Perihal organisasi yang sengaja tidak menonjolkan ciri alam sekitar, sosial dan tadbir urus pada produk agar tidak dikenakan peraturan tambahan dan tindakan undang-undang. |
scenario analysis | analisis senario | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Teknik menilai potensi kepelbagaian keadaan yang memberikan kesan terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus dalam prestasi syarikat. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
tadbir | 1 tadbir [tabir]; 2 mengurus [murus] | Melanau Dalat | |
tadbir | paintah. | kedayan | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
tadbir | [tad.bir] | تدبير |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
administrative | tadbir | NIAGA |
corporate governance | urus tadbir korporat | NIAGA |
administrative zone | zon tadbir | EKO |
administrative unit | unit tadbir | EKO |
administrative structure | struktur tadbir | EKO |
administrative strategy | strategi tadbir | NIAGA |
administrative skill | kemahiran tadbir | NIAGA |
administrative science | sains tadbir | NIAGA |
administrative revenue | hasil tadbir | EKO, PERD |
administrative problem | masalah tadbir | EKO |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Huraian |
governance | tadbir urus | ESG | Berkaitan dengan pentadbiran yang menyeluruh dalam mengurus, membuat keputusan dan melaksanakan polisi. |
Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) | Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) | ESG | Instrumen untuk pembaharuan tadbir urus korporat berdasarkan prinsip dan amalan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, melangkaui tahap minimum undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia. |
corporate governance | tadbir urus korporat | ESG | Rangka kerja merangkumi peraturan, amalan dan proses yang terarah dan terkawal bagi sesebuah organisasi. |
environmental, social and governance (ESG) | alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) | ESG | Tiga elemen untuk mengukur kesan perniagaan terhadap masyarakat dan alam sekitar, termasuklah ketelusan dan kebertanggungjawaban. |
materiality | kematanan | ESG | Faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang penting kepada syarikat dan pemegang kepentingan. |
material topic | topik matan | ESG | Isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang relevan kepada perniagaan dan pemegang kepentingan. |
ESG rating | penarafan ESG | ESG | Ukuran prestasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus sesebuah syarikat. |
ESG integration | integrasi ESG | ESG | Penyepaduan faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus dalam membuat keputusan syarikat. |
sustainable finance | pembiayaan mampan | ESG | Pembiayaan yang mengutamakan alam sekitar, sosial dan tadbir urus untuk meningkatkan pelaburan jangka panjang bagi pelaksanaan projek ekonomi mampan (Suruhanjaya Eropah). |
green-bleaching | luntur hijau | ESG | Perihal organisasi yang sengaja tidak menonjolkan ciri alam sekitar, sosial dan tadbir urus pada produk agar tidak dikenakan peraturan tambahan dan tindakan undang-undang. |
|
|