Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah jenis ayat dibawah:(ayat tunggal atau ayat majmuk) a) Sanjay sedang mewarna mural yang dilukis pada dinding. b)Kin Ho berlari dengan pantas menuju garisan penamat. mohon penjelasan bagi setiap jawapan. | Kedua-dua ayat yang dinyatakan merupakan ayat majmuk. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. a) Sanjay sedang mewarna mural yang dilukis di dinding. (Ayat majmuk pancangan relatif yang) Ayat pertama : Sanjay sedang mewarna mural. Ayat Kedua : Mural itu dillukis di dinding. Penggunaan kata hubung yang menunjukkan ayat tersebut ayat majmuk pancangan. b) Kin Ho berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat. (Ayat majmuk keterangan cara) Ayat di atas mempunyai ayat induk dengan ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri dan kedua, adanya kata hubung yang menjalinkan ayat induk dengan ayat kecil iaitu kata hubung dengan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 497 untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 06.03.2013 |
pelari itu terjatuh apabila hampir tiba di/kr garisan prnamat. tq | Ayat yang betul ialah pelari itu terjatuh apabila hampir tiba ke garisan penamat. | Lain-lain | 12.06.2010 |
Salam Saya mencari istilah yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk 'maze', iaitu istilah Bahasa Inggeris untuk teka-teki yang mencari jalan/laluan/lorong yang betul untuk tiba ke penamat. Bolehkah dicadangkan teka-teki seumpama itu dipanggil 'TEKA LIKU' dalam versi Bahasa Melayu? Harap Tuan/Puan dapat beri pandangan. Terima kasih. Aidah | Dalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuki "maze" ialah pagar sesat (bidang Pendidikan, Psikologi) dan lorongan keliru (bidang Perubatan). Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "maze" ialah teka lorong keliru atau teka laluan keliru. | Istilah | 27.08.2013 |
Ketua Bahagian Sistem Maklumat Dewan Bahasa dan Pustaka. Adakah sesuatu ayat itu betul sekiranya tidak diakhiri dengan titik nokta (without a fulll stop)? Terima Kasih Dr.Mogan Mobile: 0122980421 Office: 0378756666 | En. Mogan Dalam penulisan teks, kita perlu menggunakan tanda baca seperti tanda noktah, tanda eplisis, tanda koma dan sebagainya. Tanda baca digunakan untuk membantu pembaca memahami sebarang bentuk penulisan. Begitu juga penggunaan tanda noktah dalam pembentukan ayat yang mempunyai beberapa fungsi: (a) Pada akhir setiap ayat lengkap. Misalnya; Dia ialah ketua saya. (b) Penamat ayat perintah/suruhan. Misalnya; Jangan buang sampah di sini. (c) Penamat ayat tanya yang berbentuk retorik, yang tidak memerlukan jawapan. Misalnya; Mengapakah kita tidak meneruskan perbincangan ini? Ringkasnya, setiap ayat mestilah diletakkan tanda noktah, kecuali ayat yang berbentuk frasa atau slogan. | Tatabahasa | 19.05.2009 |
terjemahan bagi frasa "The Central Line of the Scripture" ialah "Garisan pusat Kitab" atau "Garis pusat Kitab" atau Garisan pusat dalam Kitab"? Dalam keterangan saudara, sila nyatakan perbezaan antara garisan dan garis dari sudut BM, dan juga penggunaan kata sendi "dalam" dari sudut BM dalam penterjamahan. | Terjemahan frasa ini ialah Bahagian Tengah Kitab/ Kitab Suci. Dalam Kamus Dewan, perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan. Walaupun maknanya sama tetapi penggunaannya perlulah bersesuaian. Imbuhan an membawa maksud perluasan kawasan misalnya; darat - daratan, garis - garisan. Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan, garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat. | Makna | 11.05.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| tamat (kata kerja) | Bersinonim dengan berakhir, selesai, habis, sudah, khatam, berhenti, putus, beres, langsai, kiamat;, | | Kata Terbitan : menamatkan, tamatan, penamatan, penamat, |
|
|