Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum, Apakah penjodoh bilangan yang sesuai bagi lebuh raya? Terima kasih. | Jika mengambil kira penjodoh bilangan yang biasa digunakan untuk jalan ialah sebatang (penjodoh bilangan bagi benda yang panjang-panjang), oleh itu penjodoh bilangan yang sesuai untuk lebuh raya ialah sebatang. | Tatabahasa | 07.09.2008 |
Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang atau kawasan bebas cukai Rantau Panjang? (Dari segi penggunaan huruf besar / kecil) | Dalam konteks nama khas, sepatutnya dieja Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk keterangan lanjut. | Lain-lain | 28.12.2006 |
Saya ingin memastikan struktur ayat yang betul, iaitu "Joran YANG MANAKAH lebih panjang?" atau "Joran MANAKAH YANG lebih panjang?" Boleh saya tahu prinsipnya? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Joran YANG MANAKAH lebih panjang?. | Tatabahasa | 13.07.2010 |
Apakah perkataan yang paling panjang dalam bahasa Melayu yang pernah direkodkan | Tidak ada sumber rujukan DBP yang merekodkan perkataan bahasa Melayu yang paling panjang.Oleh itu, kami sarankan saudara merujuk Kamus Melayu untuk melihat kata Melayu yang paling panjang sama ada kata dasar atau kata terbitan. | Lain-lain | 03.07.2008 |
Kemarau panjang itu pun menyebabkan kebakaran yang dahsyat. Penggunaan "pun" dalam ayat di atas betul atau salah? Terima kasih. | Ayat yang diberikan mantap tanpa penggunaan partikel pun. Pun di sini membawa maksud juga. Pun tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 28.03.2013 |
adakah ["setengah penduduk" di pedalaman Sarawak tinggal di rumah panjang] betul?Jika salah, apakah gantian yang sesuai? | Setengah penduduk di pedalaman Sarawak tinggal di rumah panjang - ayat ini kurang tepat kerana setengah bermaksud separuh atau seperdua, ayat yang betul ialah "Sesetengah penduduk di pedalaman Sarawak tinggal di rumah panjang" - sesetengah bermaksud sebilangan. | Tatabahasa | 28.03.2010 |
Assalammualaikum Tuan/Puan Pengurusan JPJ Kelantan telah memutuskan untuk membuat papan tanda/bunting sebagai mengalu-alukan kedatangan pelancong yang masuk melalui sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Jabatan ini memohon pandangan pihak Tuan. apakah susunan ayat yang lebih tepat bagi maksud mengalu-alukan kedatangan masyarakat daripada sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Berikut adalah cadangan ayat untuk perkara tersebut daripada pihak Jawatankuasa: Cadangan 1 : SELAMAT DATANG RANTAU PANJANG Cadangan 2 : SELAMAT DATANG KE RANTAU PANJANG Untuk makluman Tuan, cadangan ayat di atas dicadangkan untuk diletakkan pada "bunting" di hadapan Pejabat Kawalan Sempadan oleh JPJ dan papan tanda di atas premis Stesen Kawalan Sempadan. Segala tunjuk ajar daripada pihak Tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Selamat Datang ke Rantau Panjang". Jika kita mengungkapkan Selamat Datang Rantau Panjang maknanya kita mengalu-alukan kedatangan orang yang bernama Rantau Panjang seperti Selamat Datang Ahmad. | Tatabahasa | 04.07.2012 |
penggunaan kata manakah yang lebih sesuai bagi RUMPUT - panjang atau tinggi | Yang paling sesuai ialah 'panjang'. | Tatabahasa | 18.08.2009 |
Ayat yang manakah lebih sesuai? 1. Rumput-rumput panjang itu ditebas dengan berhati-hati oleh Encik Rosli. 2. Rumput-rumput panjang itu ditebas oleh Encik Rosli dengan berhati-hati. | Ayat 2. | Tatabahasa | 11.03.2013 |
Apakah perkataan dalam bahasa Melayu yang paling panjang ejaannya ? | Tidak ada sumber rujukan DBP yang merekodkan perkataan bahasa Melayu yang paling panjang.Oleh itu, kami sarankan saudara merujuk Kamus Melayu untuk melihat kata Melayu yang paling panjang sama ada kata dasar atau kata terbitan. | Tatabahasa | 24.05.2011 |