Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum. (1) Apakah terjemahan bahasa Melayu untuk istilah kejuruteraan "coir composite panel"? Adakah "panel sabut kelapa komposit" atau "panel sabut kelapa rencam"? (2) Dari sudut kejuruteraan, apakah perbezaan antara "komposit" dan "rencam"? Penggunaan istilah manakah yang dicadangkan? Terima kasih. | Istilah yang dicadangkan ialah panel sabut kelapa komposit. Dalam bidang Kejuruteraan, istilah yang digunakan ialah komposit. | Istilah | 28.11.2012 |
Adakah betul tajuk surat berikut: JEMPUTAN SEBAGAI PANEL FORUM BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN WARGA TERATAI? | Ayat ini betul "JEMPUTAN SEBAGAI PANEL FORUM BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN WARGA TERATAI". Jika digunakan sebagai tajuk surat, tanda "?" hendaklah dibuang. | Tatabahasa | 09.04.2013 |
Contoh ayat: Dalam forum itu, ahli panel memfokuskan kepada isu-isu pemartabatan bahasa kebangsaan. Saya dan rakan-rakan biasa menggunakan ayat seperti ini. Mohon penjelasan pihak tuan sama ada ayat ini mengandungi kesilapan bahasa ataupun tidak. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: "Dalam forum itu, ahli panel memfokuskan isu-isu pemartabatan bahasa kebangsaan." memfokuskan bermaksud memberi tumpuan kepada. | Tatabahasa | 25.11.2009 |
APAKAH ISTILAH INDAH YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM SESUATU FORUM?--MUNGKIN ADA ISTILAH MENARIK LAIN BAGI 'TUAN PENGERUSI MAJLIS', 'AHLI PANEL', 'PENDAPAT', 'KESIMPULAN'...? | Cadangan perkataan yang sama makna dengan kesimpulan ialah akhirulkalam yang juga biasa digunakan sebagai penutup surat dan huraian. Perkataan yang boleh menggantikan ahli panel yang dicadangkan ialah barisan pembentang, barisan penghujah. Penggunaan gelaran hendaklah bertepatan dengan majlis atau konsep yang dianjurkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 10.02.2009 |
Assalamualaikum, Saya bukan ingin membuat pertanyaan, tetapi ingin menegur pentakrifan perkataan ZAKAT yang dikeluarkan oleh pihak DBP untuk Kamus Dewan cetakan ke3 dan ke4. DBP menulis: --zakat Ar rukun Islam yg keempat yg mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian drpd hartanya kpd orang yg berhak menerimanya (spt fakir miskin), mengikut syarat-syarat yg ditentukan; ...... (Kamus Dewan Edisi Tiga) -zakat Ar rukun Islam yg keempat yg mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian drpd hartanya kpd orang yg berhak menerimanya (spt fakir miskin), mengikut syarat-syarat yg ditentukan; .... (Kamus Dewan Edisi Empat) PErkara yang ingin ditegur di sini ialah, zakat bukan merupakan rukun Islam yang ke4, tetapi yang ke3, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.: "Islam ialah: Bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, dan mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, dan berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji bagi yang berkuasa." (Hadis Sahih). Sekian, harap maaf. -Suryani Masnan- | Waalaikumsalam wbt. Terima kasih atas pandangan saudari yang begitu bernas. Untuk pengetahuan saudari, setiap entri yang berkaitan dengan agama atau kata yang berasal daripada bahasa Arab mempunyai panel penilainya tersendiri. Dan panel-panel tersebut terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang masing-masing. Kebanyakan pakar yang terlibat datangnya dari universiti-universiti tempatan. Berbalik kepada soalan saudari. Sekiranya saudari merujuk kepada mana-mana kitab tauhid/aqidah, saudari akan dapati kedudukan 'zakat' itu di tangga yang keempat bukan ketiga. Kedudukan zakat dalam hadis yang disebutkan itu tidak bermaksud kedudukannya dalam keutamaan rukun Islam. Banyak laman web berbahasa Arab yang saya layari, kesemuanya merujuk bahawa zakat merupakan rukun Islam keempat. Sila rujuk juga kitab-kitab lain yang berkaitan rukun Islam. Jangan sekadar mengambil maksud langsung hadis tersebut. Lihat juga kepada kupasannya. | Lain-lain | 13.05.2009 |
Dari atau daripada sudut pandangan | Panel penulis Tatabahasa Dewan menetapkan bahawa frasa sendi yang tepat ialah dari sudut pandangan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268 untuk keterangan lebih lanjut. | Tatabahasa | 20.05.2013 |
1.Bagaimanakah caranya untuk mengenali 'e' taling dan 'e' pepet dalam satu perkataan. 2.Apakah sebutan untuk perkataan PANEL. terima kasih | 1. Dalam sistem ejaan baru bahasa Melayu, bunyi e seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka' dan bunyi e dalam perkataan 'besar' diwakili oleh huruf yang sama, iaitu e. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 2. panel (e pepet) | Ejaan | 08.02.2011 |
adakah setiap perkataan asing yang digunapakai dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu dibincang dan dipilih oleh panel DBP seperti perkataan Jawa, Inggeris dan dailek(daerah-daerah di negeri-negeri di Malaysia) contohnya sekarang kita menggunakan perkataan Tuntas, Transformasi, jom dll. | Sebenarnya dalam setiap bahasa itu peminjaman bahasa memang berlaku secara tabii apabila dua komuniti bahasa, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu satu sama lain- juga bermakna pengambilan unsur bahasa daripada bahasa-bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya fikir - bahasa Arab, ayu- Jawa, almari - Portugis. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Manakala kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi, dan ejaannya jika perlu supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman. Sebab peminjaman ialah 1.Tiada perkataan dalam BM dan keperluan memberikan nama am atau khsusus kepada benda, perkara (fenomena)2. Perkataan BM belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.3.Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding BM sedia ada yang mungkin sudah lapuk .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab. Peminjaman unsur asing oleh BM dapat dilihat dari segi peminjaman. 1. huruf atau sistem tulisan 2. bunyi-bunyi 3. imbuhan 4. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan 5. struktur ayat. Jenis-jenis peminjaman ialah 1. peminjaman tulen (matematik, bonus), 2. peminjaman kacukan (kasut but), 3. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam) 4. peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).5. peminjaman kuno (purnama) 6.peminjaman berpindah (vokal/vowel). Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke bahasa Melayu. Silalah berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk maklumat lanjut.
| Tatabahasa | 14.03.2013 |
Selamat malam Tuan, Baru-baru ini, saya telah melalui proses viva, terdapat persoalan tentang istilah pembelajaran regulasi kendiri. Mengikut panel saya sepatutnya menggunakan istilah pembelajaran beregulasi kendiri. Saya memohon pandangan tuan mengenai istilah manakah yang sesuai digunakan. Kebanyakkan jurnal dan artikel menggunakan istilah pembelajaran regulasi kendiri. Jadi saya ingin kepastian tentang istilah tersebut. Kerjasama tuan didahalui dengan ucapan terima kasih. M.Kananmmah 0194416000 | Untuk makluman, istilah "pembelajaran regulasi kendiri" dan "pembelajaran beregulasi kendiri" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Dari aspek pembentukan istilah, kedua-duanya adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan "regulasi" atau "beregulasi" bergantung pada konsep istilah tersebut. | Istilah | 11.11.2013 |
Adakah peperiksaan yang dikeluarkan Oleh Kerajaan diperiksa Oleh dbp | Soalan peperiksaan disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan soalan digubal oleh panel yang dilantik oleh MPM. DBP tidak terlibat dengan MPM dalam hal ini. | Lain-lain | 31.05.2013 |
|
|