Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud norma? | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, norma ialah ukuran untuk menentukan sesuatu; Norma juga bermaksud peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dan sebagainya: dia ingin memelihara ukuran-ukuran dan norma yang telah ditetapkan; tindakan mereka mengikut norma dan peraturan kekeluargaan mereka. | Makna | 18.02.2013 |
adakah pihak DBP akan memberi kursus berkaitan penulisan ilmiah jika diminta oleh sesuatu jabatan? Bagaimana prosedurnya | Sila berhubung dengan Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui e-mel norma@dbp.gov.my">norma@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 01.11.2010 |
(iii) Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan etika masyarakat yang bertamadun. bolehkah perkataan etika digantikan dengan kata 'norma'? | Perkataan etika boleh digantikan dengan norma. Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan norma masyarakat yang bertamadun. | Lain-lain | 05.05.2010 |
saya ingin bertanya tentang biasiswa yang ditawarkan oleh pihak DBP. Bilakah permohonan untuk biasiswa tersebut bagi tahun 2009 dibuka? | Untuk keterangan lanjut tentang persoalan tersebut kepada Puan Norma binti Mohd. Nazim, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, melalui no. telefon 03-21439135 atau e-mel: norma@dbp.gov.my">norma@dbp.gov.my. | Lain-lain | 12.06.2009 |
1) Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan id, nafsu, dan naluri? 2)Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan norma, nilai, moral, dan etika? TERIMA KASIH... | Id ialah bahagian minda yang berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar; nafsu ialah keinginan yang keras, kehendak atau kemahuan yang kuat; naluri ialah desakan hati untuk melaksanakan sesuatu, tabiaat semula jadi; norma ialah peraturan atau ketentuan yang menjadi kebiasaan yang dijangka dipatuhi oleh sertiap anggota masyarakat; nilai ialah darjat, kualiti, taraf; moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan; etika ialah prinsip moral atau akhlak atau nilai yang menjadi pegangan seseorang atau kumpulan. | Makna | 09.02.2008 |
Salam, saya merupakan seorang guru di sekoalh swasta dan sangat berminat dalam bidang penulisan. adakah DPB menyediakan sebarang bengkel penulisan kepada orang awam? jika ada, bilakah ia biasa dijalankan? bayaran? di mana? | Sila hubungi Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, e-mel: norma@dbp.gov.my">norma@dbp.gov.my, untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 27.11.2010 |
Saya pelajar tahun 3 Program pengajian Bhasa Inggeris UKM yg akan berpraktikal pd Mei 2011. Boleh saya tahu ttg praktikal di DBP? , brapa lama?, adakah trdpt elaun dan cra mghubungi? trima ksh. shazan UKM | Untuk keterangan lanjut tentang persoalan tersebut, sila hubungi Puan Norma binti Mohd. Nazim, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, melalui no. telefon 03-21439135 atau e-mel: norma@dbp.gov.my">norma@dbp.gov.my. | Lain-lain | 09.08.2010 |
saya merupakan pelajar tahun 2 UKM yang mengambil jurusan linguistik melayu..saya amat berminat untuk berkhidmat di DBP apabila tamat pengajian kelak. oleh itu, sebagai persediaan awal saya bercadang untuk menjalankan Latihan Industri(LI) saya di institusi tersebut pada tahan 3 nanti.apakah bidang yang ditawarkan untuk membolehkan saya menjalankan LI di DBP nanti? jawapan tuan saya dahului dengan jutaan terima kasih | Untuk keterangan lanjut tentang persoalan tersebut, sila hubungi Puan Norma binti Mohd. Nazim, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, melalui no. telefon 03-21439135 atau e-mel: norma@dbp.gov.my">norma@dbp.gov.my. | Lain-lain | 28.10.2010 |
USAHA-USAHA PEMBAKUAN BAHASA MELAYU | Konsep pembakuan bahasa dapat difahami sebagai usaha, tindakan, atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran. Usaha, atau proses tersebut ialah penetapan kod dan norma bahasa baik ejaan, istilah, tatabahasa, sebutan juga laras bahasa. Untuk lebih mendalami lagi rujuk buku Awang Sariyan - Bahasa Melayu Baku dan Perancangan Bahasa, dan Warna & Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. | Lain-lain | 24.06.2010 |
Terangkan secara terperinci mengenai konsep dan ciri-ciri pembakuan bahasa? | Konsep pembakuan bahasa dapat difahami sebagai usaha, tindakan, atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran. Usaha, atau proses tersebut ialah penetapan kod dan norma bahasa baik ejaan, istilah, tatabahasa, sebutan juga laras bahasa. Untuk lebih mendalami lagi rujuk buku Awang Sariyan - Bahasa Melayu Baku dan Perancangan Bahasa, dan Warna & Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia | Lain-lain | 06.09.2006 |
|
Tesaurus |
---|
| norma (kata nama,) | Bahasa Asal :Inggeris | Bersinonim dengan standard, kriteria, gren, tingkat, garis panduan, model,
keunggulan, pola, contoh, sampel, spesifikasi, kayu ukur, batu uji., | |
|
|