Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
maksud pejabat maya | Pejabat maya bermaksud tempat menyimpan atau pejabat yang menguruskan sesuatu yang tidak nampak secara fizikal. | Makna | 06.11.2007 |
pendidikan maya ialah pembelajaran melalui talian, tetapi mengapakah istilah maya digunakan? | Sdr. Nurhidayah, pendidikan maya lebih kepada segala bentuk pengajaran tidak disampaikan secara bersemuka - maknanya pelajar dan pensyarah atau guru tidak hadir bertemu muka tetapi hanya belajar dengan cara mendengar dan melihat skrin yang memaparkan pelajaran yang ingin disampaikan. | Tatabahasa | 15.02.2009 |
Hai saya rani pelakar phd dari ukm.saya sedang mencari perkataan bahasa melayu yg sesuai untuk netizen.di malaysia banyak gelaran yg diberikan untuk netizen termasuk warga maya, komuniti maya,warga siber dan komuniti internet.soalan saya gelaran mana yang diiktiraf oleh pihak DBP. Soalan kedua saya ialah megenai gelaran untuk citizen journalism.adakah mereka harus digelar sebagai wartawan warga atau wartawan warganegara.sekian.terima kasih atas bantuan anda. | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "netizen" ialah netizen. Istilah "citizen journalism" belum ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan perkataan yang diberikan, bentuk yang betul ialah wartawan warganegara. | Istilah | 15.03.2013 |
Ayat yang mana satu tepat? 1. Sikap Maya yang GEMAR makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertamah. 2. Sikap Maya yang GEMAR AKAN makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertambah. | Ayat yang betul ialah Sikap Maya yang gemar makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertambah. | Tatabahasa | 20.04.2011 |
APA MAKSUD MELANGKAU MAYA, REFLEKTIF, BERKESINAMBUNGAN, FLEKSIBEL | Istilah 'melangkau maya' bermaksud melampaui pemikiran; 'berkesinambungan' bermaksud berlanjutan, berterusan, berpanjangan; 'reflektif' bermaksud memantulkan, sentiasa berfikir; bermenung dan 'fleksibel' bermaksud boleh diubah atau disesuaikan (dgn mudah) atau mudah berubah (sikap, keputusan, dll) mengikut keadaan baru dll, luwes. | Makna | 23.01.2007 |
Pertanyaan saya mengenai kata pemeri 'ialah'. Buku rujukan menyatakan bahawa frasa kata kerja tidak boleh hadir selepas 'adalah'. Bagaimana pula dengan 'ialah' ? Adakah penggunaan kata pemeri 'ialah' dalam ayat berikut betul ? Ayat : Tugas Maya ialah mencatatkan nama pelajar-pelajar yang ponteng sekolah. ataupun Ayat : Tugas Maya adalah sebagai pengawas yang mencatatkan nama pelajar-pelajar yang ponteng sekolah. Terima kasih. | Dalam Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, muka surat 264: ... penggunaan kata pemeri amat terbatas, dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. perlu juga diingatkan bahawa kata pemeri (ialah, adalah) tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh itu, ayat pertama "Tugas Maya ialah mencatatkan nama pelajar-pelajar yang ponteng sekolah" - betul | Tatabahasa | 14.04.2008 |
nak tanya maksud perkataan berikut 1. merit 2. mangkin 3. malim 4.maya 5.mapan sekian terima kasih | 1. Merit ialah sifat, kualiti, perbuatan, dan sebagainya yang patut layak mendapat kepujian atau penghargaan.2. Mangkin bermaksud faktor yang dapat mempercepat atau menyegerakan berlakunya sesuatu perkembangan. 3. Malim ialah orang yang alim. 4. Maya ialah sesuatu yang kelihatannya ada tetapi sebenarnya tidak ada. 5. Mapan bermaksud tidak berubah-ubah atau sudah diterima umum. | Makna | 13.02.2009 |
Ada satu peribahasa yang mendapat perhatian di laman maya: Harapkan pagar, pagar makan padi....dikatakan yang sebenarnya Harapkan pegar, pegar makan padi..Pegar ialah sejenis burung. Masih belum diputuskan kesahihannya. Harap pihak DBP boleh memberi penjelasan tentang kemusykilan ini. | Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. | Lain-lain | 30.03.2012 |
Tanda baca !? dan ?! kerap saya temukan dalam komunikasi maya. Adakah tanda baca ini diterima pakai oleh DBP? | Penggunaan tanda baca tersebut tidak betul. | Lain-lain | 21.01.2013 |
saya inim meminta biogarfi penulis sajak buku kumpulan puisi MAYA iaitu Agus Salim,serta biografi penulis sajak buku kumpulan puisi DI BAWAH BAHANG MENTARI iaitu Sabar Bohari dan biografi penulis sajak kumpulan puisi RAUNG MERDEKA iaitiu Abdullah Shuib. Saya juga ingin mendapatkan cara untuk menghubungi ketiga tiga penulis sajak tersebut. | Sila rujuk bahan dibawah : 1. Karisma PEN : Biografi Penulis Negeri Sembilan / Salim Hj Taib : 2005 2. Wajah :Biogarfi Penulis ? DBP : 2005 3. Abdullah Shuib / Dewan Sastera Februari 1996 4. Sabar Bohari / Latif Yusoff : Mastika : Ma | Lain-lain | 31.08.2008 |