Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apa itu maksud perkataan "ikhtisas" | Kamus Dewan menakrifkan ikhtisas sebagai: 1. untuk mata pencarian (berkenaan pekerjaan dan sebagainya), 2. berkaitan dengan pekerjaan atau sesuatu profesion: sijil kelayakan pelajaran dan; 3. memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus. | Makna | 20.05.2010 |
apa maksud perkataan iktisas? | Saudara, Perkataan ikhtisas bermaksud utk mata pencarian (bkn pekerjaan dll), utk atau dgn tujuan memperoleh bayaran atau pendapatan, profesional: pelukis ~; 2. berkaitan dgn pekerjaan atau sesuatu profesion: sijil kelayakan pelajaran dan ~; 3. memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus: secara umum, konsep pentadbiran perkhidmatan pelajar bolehlah dikatakan sbg satu bentuk pentadbiran ~ yg dikendalikan dgn satu tujuan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 04.10.2009 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Halalas"? Menurut Wikipedia, mereka menterjemahkan "Halalas" sebagai "Halala". Mohon pihak tuan sahkan jika itu adalah terjemahan yang betul. Tolong masukkan perkataan ini ke DBP dalam talian untuk memudahkan pencarian di masa hadapan. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Riyal_Saudi Terima kasih. | Berdasarkan rujukan dalam internet, "halalas" ialah bentuk jamak untuk "halala", iaitu unit mata wang Arab Saudi. Oleh itu, perkataan "halala" boleh digunakan. | Istilah | 07.09.2013 |
|
|