Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perbezaan penggunaan perkataan "kebelakangan" dan "belakangan"? | Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Contoh ayat kedua, mula-mula ia menolak, tetapi kebelakangan ini menerima juga tawaranku. Untuk makluman saudara, penggunaan kebelakangan dan belakangan ini sebenarnya sering bertukar ganti penggunaannya. Namun demikian, kata kebelakangan lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan. | Makna | 11.07.2007 |
salam, penggunaan bahasa yang betul, belakangan ini atau kebelakangan ini. terima kasih | Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan. | Makna | 24.05.2010 |
Selamat pagi, Frasa belakangan ini dan kebelakangan ini sama kegunaannya? Adakah kedua-dua frasa ini betul? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian. Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan. | Lain-lain | 25.05.2010 |
sejak kebalakangan ini dan sejak belakangan ini-kedua-duanya betul ke? atau hanya kebelakangan ini/belakangan ini sudah memadai? terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan ini lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan ini. | Lain-lain | 24.05.2010 |
soalan dalam lampiran fail. terima kasih. | Kata 'belakangan' dan 'kebelakangan' mempunyai makna yang sama , iaitu sejak masa-masa yang kemudian ini; akhir-akhir ini. Kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat yang diberikan. | Makna | 23.10.2008 |
Yang manakah betul? A) Sejak kebelakangan ini, B) Sejak belakangan ini, C) Belakangan ini, | Kebelakangan ini atau belakangan ini bermaksud sejak masa-masa yang kemudian ini. Oleh itu, ungkapan yang betul ialah kebelakangan ini atau belakangan ini (c). | Tatabahasa | 12.12.2009 |
adakah terdapat perbezaan antara frasa Sejak kebelakangan ini dengan Sejak belakangan ini ? yang mankah yang betul? berulang-alik atau berulang alik ? | Kebelakangan bermaksud sejak masa-masa yang kemudian ini, akhir-akhir ini. Sejak bermaksud bermula dari, mulai, dari. Kedua-dua kata tersebut mempunyai makna yang berbeza. Ejaan yang betul ialah berulang-alik. | Makna | 29.01.2008 |
frasa sejak akhir-akhir ini betul ke? sejak kebelakangan ini dan sejak belakangan ini boleh ke digunakan? | Berdasarkan Kamus Dewan Ediis Keempat, frasa tersebut betul. Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan ini lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan ini. | Tatabahasa | 19.10.2010 |
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan yang mana betul. 1. dua bulan kebelakangan 2. dua bulan belakangan Terima kasih. | Kedua-duanya boleh digunakan kerana belakangan dan kebelakangan mempunyai maksud yang sama, iaitu sejak masa-masa yg kemudian ini atau akhir-akhir ini. | Tatabahasa | 18.06.2012 |
bolehkah kata 'sejak kebelakangan ini' atau 'sejak belakangan ini' digunakan dalam ayat? atau 'sejak akhir-akhir ini' ? kata hubung berpasangan 'walaupun.... namun' boleh ke digunakan? cth: Walaupun dia miskin, namun dia bercita-cita tinggi. betulke ayat tersebut? tq | Saudara, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian. Contoh ayat: Pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Contoh ayat kedua: Mula-mula ia menolak, tetapi belakangan ini menerima juga tawaranku. Untuk makluman saudara, penggunaan kebelakangan dan belakangan ini sebenarnya sering bertukar ganti penggunaannya. Namun bermaksud biarpun, meskipun, sungguhpun walaupun,tetapi. Oleh itu, ayat tersebut betul kerana perkataan namun dalam ayat itu bermaksud tetapi. | Tatabahasa | 21.07.2010 |