Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Boleh berikan perbezaan aspek penggunaan "bak, umpama, laksana, macam, bagai, seperti" dalam bandingan semacam? | Kata bak, umpama, laksana, macam, bagai dan seperti berada dalam medan semantik yang sama. Perbezaan antara kata tersebut sukar digarissempadankan kecuali dengan melihat laras penggunaan dan makna-makna bagi setiap kata. Misalnya kata umpama dan laksana lebih bersifat puitis jika dibandingkan dengan kata macam, dan makna bagi kata umpama mempunyai lima pecahan makna berbanding macam yang mempunyai tiga pecahan makna. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dalam takrifan bagi setiap kata tersebut. | Makna | 14.03.2024 |
Apakah yang dimaksudkan dengan semantik? | Assalamualaikum wbt Makna semantik menurut Nik Safiah Karim (2001) ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam sesuatu bahasa. Semantik juga boleh dirujuk sebagai sistem dan kajian tentang makna dalam bahasa (Kamus Linguistik ,1997). Menurut J.W.W Verhaar (1996: 284), semantik ialah cabang linguistik yang membahaskan erti atau makna. Abdul Chaer (1984: 284) pula mendefinisikan semantik sebagai bidang kajian linguistik yang objek penelitiannya ialah makna bahasa. Makna dalam sesuatu bahasa sentiasa mengalami perubahan dan berkembang mengikut peredaran masa. | Makna | 18.09.2024 |
Perbezaan makna kukus, rebus, bakar dan goreng. | Assalamualaikum, Merujuk kepada soalan puan, perbezaan makna perkataan kukus, rebus, bakar dan goreng dijawab berdasarkan penggunaan kata dalam bidang masakan: 1. kukus (makna ke-4 lihat mengukus) Makna mengukus - memasak atau memanaskan sesuatu dengan menggunakan wap air mendidih Contoh ayat - Memasak dengan cara mengukus dapat mengekalkan rasa dan zat bahan yang digunakan dalam sesuatu makanan. 2. rebus (makna ke-2 lihat merebus) Makna merebus - memasak (sesuatu) dalam air yang mendidih supaya masak, empuk dan sebagainya Contoh ayat - Nenek merebus jagung yang sudah dibuang kulitnya. 3. bakar (makna ke-2 lihat membakar) Makna membakar - memasak (sesuatu) dengan meletakkannya di atas api atau di dalam alat yang mengandungi haba, misalnya ketuhar Contoh ayat - Zamri sedang sibuk membakar sate bersama pekerjanya. 4. goreng (makna ke-3 lihat menggoreng) Makna menggoreng - memasak (telur, ikan, ayam dan sebagainya) dengan memasukkannya ke dalam kuali atau periuk yang mengandungi minyak Contoh ayat - Kak Halimah menggoreng pisang nangka. Puan disarankan merujuk Kamus Dewan Perdana untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai kata. Terima kasih. | Makna | 02.11.2024 |
makna perkataan - VIRTUAL STUDIO | Padanan bahasa Melayu bagi istilah virtual studio ialah studio maya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 01.02.2023 |
Perbezaan gril, panggang dan bakar untuk memasak | Assalamualaikum, Perbezaan makna perkataan gril, panggang, dan bakar untuk memasak: 1. gril (makna ke-4 lihat menggril) Makna menggril - memanggang (ikan, daging dan sebagainya) di atas gril Contoh ayat - Sebaiknya makanlah makanan yang direbus, digril atau dikukus. 2. panggang (makna ke-2 lihat memanggang) Makna merebus - memasak (makanan seperti daging, ikan atau pulut) dengan meletakkannya di atas bara, di dalam ketuhar dan sebagainya Contoh ayat - Dia memanggang daging yang dipotong itu di dalam ketuhar. - Ikan yang dipanggang tadi perlu dibalik-balikkan supaya masak dengan sekata. 3. bakar (makna ke-2 lihat membakar) Makna membakar - memasak (sesuatu) dengan meletakkannya di atas api atau di dalam alat yang mengandungi haba, misalnya ketuhar Contoh ayat - Zamri sedang sibuk membakar sate bersama pekerjanya. - Kek dibakar dalam ketuhar pada suhu 180°C. Terima kasih. | Makna | 02.11.2024 |
Kami berhasrat mendapatkan makna, maksud, definasi "Sensora" dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, secara rasmi dan bertulis. | Maaf. Tiada kata dan makna/definisi yang terakam dalam kamus dan istilah (PRPM) bagi kata sensora. | Makna | 10.01.2024 |
Kami berhasrat mendapatkan makna, maksud, definasi "Ruang" dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, secara rasmi dan bertulis. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), kata ruang mempunyai 16 pecahan makna dengan dua kata berhomonim. Salah satu daripada makna tersebut ialah bahagian lapang atau terbuka yang terdapat di dalam bilik, rumah, bangunan dan sebagainya atau di kawasan tertentu. Untuk memperoleh maklumat yang lebih terperinci, sila semak halaman 1901-1902 dalam kamus tersebut. | Makna | 22.01.2024 |
Saya ingin mengajukan satu persoalan. Kenapa entri khalwat disempitkan penggunaannya kepada makna negatif (berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di tempat terpencil sahaja) sedangkan entri ini juga membawa maksud positif. Adakah makna entri khalwat disempitkan kerana entri bertafakur telah digunakan untuk menggambarkan perbuatan mengasingkan diri untuk beribadat? | Bagi kata pinjaman, penyempitan dan peluasan makna adalah bergantung kepada penggunaan dan pemahaman masyarakat tersebut pada sesuatu masa. Takrifan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Dewan Perdana bagi kata pinjaman ini (khalwat) menyatakan makna yang positif dan sebaliknya. Mohon semak takrifan terkini dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1103) untuk mengetahui maknanya secara jelas dalam bahasa Melayu. | Makna | 31.03.2023 |
Apakah perbezaan rindu, merindu, merindui, merindukan? Adakah ayat "saya merindu cuaca di Cameron Highland" betul? | Perkataan-perkataan yang dinyatakan boleh dibezakan melalui carian makna. Untuk mendapatkan makna perkataan rindu, merindu, merindui dan merindukan, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my. Ayat yang betul ialah “Saya merindui cuaca di Cameron Highlands”. | Tatabahasa | 02.12.2022 |
Apakah makna terjemahan untuk Head-People & Culture | Cadangan padanan terjemahan dalam bahasa Melayu yang boleh digunakan mengikut konsep dan konteks ayat yang sesuai bagi Head-People & Culture ialah “Ketua Masyarakat dan Budaya”. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.08.2023 |
|
Tesaurus |
---|
| makna (kata nama) | Bersinonim dengan erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir,
takwil;, | | Kata Terbitan : bermakna, memaknakan, |
|
Puisi |
---|
|
Pagar besi pagar kota, Sampai ke taman bunga; Abang tak reti adik berkata, Abang tak tahu apa makna.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 646 Words have wings, and cannot be recalled Fikir dahulu sebelum bercakap kerana kata yang terlepas dari mulut tidak boleh ditarik balik. Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. I regretted launching such a hurtful remark, but words have wings, and cannot be recalled . I faced the consequences when I was suspended from work. Saya menyesal kerana menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. Saya menghadapi padahnya apabila saya digantung kerja. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|