Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud diskriminasi? | Kamus Dewan mendefinisikan diskriminasi sebagai perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dsb: ~ terhadap bangsa berkulit hitam telah mulai luput sekarang; perkara ~ yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa itu tidaklah patut didiamkan sahaja; ~ harga pengenaan harga yang berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yang sama kepada pembeli yang berlainan; ~ kaum layanan yang berbeza-beza terhadap kaum yang berlainan kerana prasangka terhadap kemahiran, kebolehan, keistimewaan hak dsb; ~ ras diskriminasi kaum; ~ sosial perihal membeza-bezakan seseorang dari segi kedudukannya dalam masyarakat; berdiskriminasi berbeza tindakan atau layanan terhadap sesama anggota masyarakat kerana berlainan warna kulit, agama, dan lain-lain: para pengarang meramalkan bahawa pengguna media massa ~ dalam membuat pilihan tentang media; mendiskriminasikan membeza-bezakan (dari segi layanan): golongan ini telah didiskriminasikan oleh golongan manusia yang lebih beruntung daripada mereka. | Tatabahasa | 01.02.2013 |
Salam, saya sedang menonton anugerah maulidur rasul di tv1, soalan saya.. 1) Pengacara Majlis menyebut " mantan Prof Madya di UM" adakah ini bermaksud jawatan Prof Madya akan luput setelah bersara? 2) Dinyatakan juga gelaran salah seorang calon penerima anugerah "Engku Tan Sri Dato' Seri" mengapa gelaran Engku dihadapan Tan Sri. Adakah jika seseorang itu memiliki gelaran begitu semua gelaran tersebut perlu dinyatakan di dalam surat menyurat..? Sekian terima kasih, diharap kemusykilan ini terjawab. | 1. Profesor Madya atau Profesor adalah jawatan dalam perkhidmatan. Oleh itu, sebutan 'mantan Profesor Madaya' adalah betul untuk seseorang yang telah bersara daripada perkhidmatan atau telah meninggalkan jawatan tersebut. 2. Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau Bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, begitulah seperti nama "Engku Tan Sri Dato' Seri". | Tatabahasa | 15.02.2011 |
Berapakah lama alamat email yang dibuat akan aktif dalam web dewan bahasa dan pustaka? | Untuk makluman tuan/puan, alamat e-mel yang telah didaftarkan untuk menggunakan perkhidmatan KNDBP tidak mempunyai tarikh luput dan boleh diaktifkan setiap masa. | Lain-lain | 06.05.2009 |
Assalamualaikum wbt. Adakah wujud terjemahan tertentu untuk perkataan ini: slip, lapse dan mistake dalam bahasa melayu? | Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. slip - slip, gelincir 2. lapse - luput, lelap, jurang, selang 3. mistake - silap, salah Penggunaan padanan bahasa Melayu yang diberikan bergantung pada konsep dan konteks. | Istilah | 21.05.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| luput | 1. Bersinonim dengan hilang ( lenyap, lupus, ) (adjektif:)
2. Bersinonim dengan terhindar ( terjauhkan, terlepas, terselamat, terpelihara, terbias, terseberang, tersingkir, ) (kata kerja:)
3. Bersinonim dengan menyimpang ( melencong, membelok, melantur, memesong, memirau, menyasar, terbabas, mengelencong, menggelencong, mendadek, ) (adjektif:)
| Kata Terbitan : meluputkan, terluput, |
|
Puisi |
---|
|
Puput manis jalan di luput, Uput menari di tiga tapak; Hitam manis jangan direbut, Dia tak diberi ibu dan bapa.
Lihat selanjutnya... |
|