Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
tuan filem berunsur lucah atau filem berunsur kelucahan atau filem berunsur lucah | Frasa yang betul ialah filem berunsur lucah. | Tatabahasa | 24.01.2012 |
Saya melihat banyak lagu dari Indonesia menggunakan lirik(perkataan) 'butuh' sedangkan di Malaysia maksudnya agak lucah dan kasar. Mengapa hal ini dibenarkan? | Perkataan tersebut adalah bahasa Indonesia dan kita tidak berhak untuk menghalang mereka daripada menggunakan bahasa mereka sendiri walaupun dalam bahasa Melayu bermaksud lucah dan kasar. Penyiar radio dan televisyen boleh memainkan peranan untuk tidak menyiarkan lagu-lagu sedemikian kepada pendengar. | Lain-lain | 27.10.2009 |
Sila lihat lampiran 1 | Kolaborasi menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1132-1133 bermaksud: - Kerjasama dengan seseorang atau sesuatu pihak untuk melakukan sesuatu.
- Kerjasama dengan musuh atau orang jahat dalam perbuatan jenayah dan sebagainya.
Kolaboratif pula merupakan kata adjektif yang berkaitan dengan tugas, perkara dan sebagainya, yang erat dan bekerjasama dengan pelbagai pihak. Berdasarkan maksud tersebut, kolaborasi boleh digunakan dalam ayat yang membawa maksud kerjasama untuk tujuan baik. Bersama menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1942 bermaksud: - Tidak ada kecualinya.
- Mempersetujui atau melakukan sesuatu dan lain-lain secara beramai-ramai.
- Melakukan hubungan suami isteri.
Bersama-sama merujuk: - Sesuatu perbuatan, perkara dan lain-lain yang berlaku secara serentak atau bergandingan.
- Bekerjasama atau bantu-membantu melakukan sesuatu.
- Berada setia di samping seseorang.
- Berserta dengan.
Berdasarkan maksud yang terakam, perkataan bersama boleh digunakan dalam ayat yang diberikan dan tidak membawa maksud yang tidak baik atau lucah. | Tatabahasa | 24.10.2024 |
|
|