Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
kenapa kita menyebut loghat dengan bunyi lorat tidak loghat. kenapa sebutan lorat tidak sama dengan perkataan loghat itu sendiri?Adakah ianya faktor fonologi iaitu bunyi-bunyi bahasa itu sendiri?seperti yang kita ketahui maksud loghat ialah dialek dan tergesa-gesa. Ada yang mengatakan loghat itu menunjukan maksud risau akan sesuatu.Adakah ia betul? | Dalam Kamus Dewan loghat dan lorat ialah dua perketaan yang berbeza. Loghat yang bermaksud dialek tetap disebut seperti ejaannya, iaitu loghat. Lorat pula disebut lorat dan membawa maksud susah atau payah. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=loghat dan lorat">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lorat. | Istilah | 04.11.2012 |
assalamualaikum.. saya ingin tahu, kalau dalam lorat penang 'ibu' digelar 'mami' dan 'bapa' pula digelar apa? terima kasih kerana membantu saya. | Dalam loghat Pulau Pinang, 'mami' bermaksud makcik. Panggilan bagi ibu ialah mak, manakala bagi bapa ialah baba atau ba. | Lain-lain | 12.06.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| lorat (adjektif) | Bersinonim dengan rewel, rumit, leceh, renyah, payah, susah, sulit, kusut, masyakat, kelekik, berabe,
runyam, sarit, senting., | |
|
|