Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
petani itu menyemai benih-benih sawi di tanah yang __. 'gembur' atau 'lembik' yang mana satu lebih sesuai? atau kedua-dua juga sesuai digunakan[lembik:terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll) ; gembur :tidak keras padat (ttg tanah) ]? | Perkataan yang sesuai ialah gembur. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
Saya ingin bertanya, bolehkah kita menggunakan perkataan kembang untuk roti yang dimasukkan ke dalam air atau hanya perlu menggunakan ayat : roti itu telah menjadi lembik apabila dimasukkan ke dalam air teh itu ? | Perkataan yang sesuai ialah lembut. Roti itu menjadi lembut apabila dimasukkan ke dalam air teh. | Tatabahasa | 09.07.2013 |
Salam sejahtera, Tuan, Manakah jawaban yang tepat bagi soalan yang berikut: Ubi yang direbus oleh Mak Cik Leha sudah empuk. Pilih Perkataan berlawan bagi empuk. A keras B liat C lembik D mengkal Sekian terima kasih. | Perkataan "empuk" berlawanan dengan "keras". | Tatabahasa | 30.08.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| lembik (adjektif) | 1. Bersinonim dengan lembut: lunak, benyek, benyai, lodoh, Berantonim dengan keras
2. Bersinonim dengan lembam: lembap, lambat, lemah, lembik, Berantonim dengan cerdas
| Kata Terbitan : melembikkan, kelembikan, |
|
|